TERBANG [prelude]



     PELUH yang mula terbit di dahi diseka kasar. Penat berjalan tadi usah cerita. Memang boleh kurus jika setiap minggu dia ulang-alik di KLIA 2 ni. Sudahlah nyaris terlambat tadi. Ini semua sebab Dr.Ziela tu sikit punya cerewet dengan dia punya dissertation tu.

      “Good evening Miss. Welcome aboard.” Senyuman manis pramugara itu dibalas sebaris. Orang berbudi, you berbahasa Jimi. Kaki sambung memacu langkah sambal anak mata ligat membaca nombor-nombor di bahagian simpanan atas kepala.

     “…twenty six… twenty seven… twenty eight… F.” Langkah dia henti di Lorong isle, sebelah kerusi three-seater yang menempatkan tempat duduknya di dalam penerbangan itu.

     Beg computer di bahu dilucutkan. Mata memandang tajam insan yang sedang elok duduk di tempat tengah.

Aiseh… abang ni tak nak bangun ke?

Dia berkira-kira sejenak. Dah hampir seminit dia berdiri di sini, tapi abang ni macam tak sedar je?

Profil lelaki itu dilihatnya. Seraya itu keningnya terangkat sebelah. Dalam kepala, ligat wayar sarafnya berpusing. Hari ini hari Sabtu. Orang kerja government pakai baju Melayu selalunya hari Jumaat kalau di KL ni. Nak kata raya, puasa pun belum lagi ni.

Kenapa abang ni segak semacam dengan baju Melayu? Mata dilurutkan ke bawah. Aha! Siap sampin lagi tu. Warna putih krim pula tu, dia ni… baru lepas nikah ke?

Kepala diteleng pula ke sisi lelaki itu. Kemudian ke segenap kabin. Tak ada nampak pula perempuan yang boleh masuk kategori pengantin.

Lagi sekali dia memandang ke arah lelaki itu. Nak tak nak, dia bersuara juga. Nanti dikata kampong benor kalau bersila kat isle ni kan…

Excuse me… encik…”

Belum sempat dia habis cakap, lelaki itu dah pandang dia. Tanpa senyum, tanpa kata, si dia bingkas bangun dan memberi laluan kepada Zaharah untuk masuk ke dalam.

Zaharah tersenyum kelat. Alahai, muka dah cukup romeo kelas satu tapi tak gentleman langsung. Namun, Zaharah buat tak kisah. Bukan dia nak kena hadap muka abang baju melayu tu hari-hari pun kan?

Sebaik sahaja pengumuman supaya segala alat elektronik dimatikan, Zaharah bertindak demikian. Not all rules are meant to be broken. Hidup ni jangan nak selfish sangat. Nak terbang ni, bukan ada tanah di bawah.

Ada tu ada, tapi 10km jarak jasad dari tanah. Kalau ada system failure kerana gelombang dari telefon pintar, memang sia-sia la kan hidup ni. Sudahlah buat dissertation tu pun macam separuh nyawa dah.
Walau bagaimanapun, abang Romeo kelas pertama ni agaknya berada di satu level yang berlainan dari dia. Jemari masih ligat menaip sesuatu di telefon pintar jenama buah epal itu. Anak mata Zaharah sibuk mengambil kesempatan. Cuba diintainya apa yang ditaip oleh jemari runcing lelaki unknown itu.

What did I do to deserve this?’
‘Kenapa you malukan I? Family I?’
‘Kenapa masa awal-awal dulu setuju?’
‘Kenapa you lari masa hari kita kahwin?’
‘Zahirah… answer me pls baby? Please tell me you’re okay?’
     
 HUK!
Zahirah?

Alahai bakal bini tak jadi dia tu hampir sama nama dengan dia? Minus the I of course.

Cuma yang beza adalah Zahirah yang itu sudah larikan diri masa kahwin, manakala Zaharah yang ini masih mencari si pemilik hati.

Tiba-tiba dia rasa bersalah pula tadi kata abang tu Romeo. Nampak gaya dia text tu macam setia habis-habisan. Satu dalam seribu sungguh.

Beberapa tika kemudian dia terdengar orang sebelahnya mengeluh panjang. Telefon pintar sudah disimpan. Kerana dia seorang yang empati, dia pun turut rasa berat bagi pihak lelaki tersebut. Tangan laju menggeledah tas tangan.

 Tolonglah ada…

Dia tersenyum lebar apabila benda yang dicari, dijumpai. And it is the last piece too.

Gula-gula bertuah itu dicapai dan dihulurkan kepada orang sebelahnya Bersama sebuah senyuman sehabis manis.
Senyum itu sedeqah…
Tapi Hara, senyum kau ni creepy semacam… separuh hatinya menjampuk.

Aiseh…

Namun tangan tetap memberi. Seperti insani normal, lelaki itu terkejut dan suspicious pada awalnya. Kening tebalnya terjungkit tinggi sambil merenung gula-gula itu seperti mahu tembus.

Kemudian, dia tenung pula Zaharah macam gula-gula tadi. Zaharah, yang merasakan pipi sudah naik lenguh tersenyum, terus berdeham. Wajah kusut lelaki itu diteliti. Sungguh, dunia ni memang sudah terlampau uzur.

Muka sikit punya segak, macam model macam ni pun kena ditch? Alahai… nasib aku yang biasa-biasa ni pun entah lagi haru atau macam mana?

Sedar yang stranger tu masih merenungnya, dia kembali senyum. Gula-gula bertukar tangan.

Err… thanks?”

“No sweat, you look like you need it more.”

Jeda. Lelaki itu kembali merenung. Kali ini, merenung ke arah gula-gula di tangannya.

Awkward, Zaharah… really awkward.

“Hey… just so you know… I’m still single and available.

What the…

Ya Allah ya Tuhanku!

Zaharah binti Amirul, mulut tu kenapa berkicau tak kena tempat ni? Nak kata perempuan bukan seorang dalam dunia ni… tersasul teruk tu kenapa?

Zaharah dapat rasa pipinya menjadi panas. Dasar mulut makan belacan sungguh, tak reti nak stop ke?

Seperti tadi, lelaki sebelah dia tu waras. Sebagai orang yang waras, lelaki itu pandang Zaharah seperti dia nampak kambing terbang.

Unrealistically deep, heart piercing stare.

Pardon?”

“Huh?”

Kali ini suara dah tak keluar. Muka menunduk. Oh lantai… open up and swallow this stupid girl, please?

Been putting your nose in my business huh, lady?”

Tenang bersahaja lelaki itu berkata. Mata masih setia memerhati wajah yang sudah merah itu.

Sorry… I was just curious.” Zaharah memberanikan diri mengaku silapnya.

Own it like a bro! Itu yang selalu Along dia pesan apabila dia tersilap langkah.

Oh ini kalau along tahu… memang kena bahan sampai ke tua.

Curiosity kills the cat, lady.

Gulp.

Enough with that heart-piercing stare, abang romeo!

“…but satisfaction brought it back… erm… mister?”

Eh, kan dah kata. Mulut makan belacan. Doesn’t know when to stop. Tambah pula memang tengah mood nak defend dissertation dia, lagilah dia suka berhujah.

Cuma yang menjadi masalah tika ini, di hadapan dia bukanlah Dr. Ziela. Di sisinya ini adalah lelaki yang tengah heartbroken agaknya.

“Haqq.”

Eh? Fikiran Zaharah terganggu. Did he just tell me his…

“I’m Haqq. You?”

Zaharah terpana. Mashaallah, his smile can cure cancer! Heartbroken? Alhamdulillah, masih mampu tersenyum nipis inche Haqq kita ni…

“Ahem?” Haqq berdeham apabila dia lihat Zahirah terkebil-kebil memandangnya dari sisi.

Siuman ke tidak makhluk Tuhan yang satu ni? Namun hendak lupakan sakit dan pedih di hati, dia layankan sahaja.

“Saya Zaharah.”

Seraya itu, Haqq terus matikan senyum.

“Oh.” Terus tak jadi nak sembang panjang-panjang. Nama sangat hampir dengan dambaan hatinya. Hati yang baru ingin sejuk kembali meruap.

Pandangan di alih dari sisi. Tangan kembali mencapai telefon dan telinga disumbat dengan ear pods. Mata dipejam rapat apabila Phil Collins mula berkumandang di corong telinga.

‘…take a look at me now,
there’s just an empty space,
and you coming back to me…
is against all the odds…’

Zahara menelan liur kelat. Berat mata memandang, berat lagi bahu Haqq memikul. Namun dia bukan sesiapa. Tak padan dengan buat lawak bodoh, dengar nama dia sahaja pun Haqq tu dah shut off.

Dia juga mengeluh perlahan. Kasihan dia lihat Haqq itu. Biarlah tak kenal pun, tapi no one should be treated like him.

Cut it out, Zaharah.

Dia dah besar. Dia tahulah tu nak tangani emosi dia kemudian.

Jam di tangan dibelek. Masa perjalanan ke Senai masih berbaki 25 minit. Sempat lagi nak pejam.

Beberapa saat kemudian, dia mengurut pelipis yang mula berdenyut. Tanda-tanda tak cukup rehat sudah mula terbit. Nafas ditarik dalam-dalam, dan dia mula hanyut.

Miss… Miss?”

Lambat-lambat dia membuka mata. Dia berkelip beberapa kali. Masih mamai.

You’re our last passenger.

Eh? Dah sampai?

Dia tarik senyum habis polos ke arah pramugari yang mengejutnya tadi. Macam mana dia boleh tak sedar ni? Dia bukan heavy sleeper. Agaknya terlampau penat otak sampai lena betul-betul.

Dia mencapai tas tangan serta beg laptopnya. Dia bangun berdiri apabila tiba-tiba ada sehelai kad jatuh dari ribanya. Dia tunduk memungut sambil mata meniti bait-bait kata yang tersisip pada dada kad tebal berwarna shiny beige itu.

Dibeleknya kad tersebut.
Kad kahwin.
Lawa.

Namun yang menarik perhatiannya, selain nama pengantin itu adalah kata-kata bertulisan rough cursive yang ditulis oleh pen dakwat hitam mata tebal.

It’s tough because I thought she was my  
     unanswered prayer. Yet I was wrong.

p/s: the reception is still on w/o the bride. Do come for
     the makan-makan.
                                                   :(
                                                    H.A.

Zaharah terus senyum dalam diam. Makan-makan huh Mister Heartbreak Nightmare?


***

A/N: So... thoughts? anyone?(><) I'm so rusty, I know.
      

Comments

  1. I need more entry to comment . Hahahahahahah

    ReplyDelete
  2. Aqin sambung cecepat..mommy tunggu

    ReplyDelete
  3. Gosh, all your writing really made each waits bareable. I love reading your every single entry.

    ReplyDelete

Post a Comment