TERBANG : [BAHAGIAN 6]

ZAHARA menzahirkan sebuah senyuman nipis apabila Haqq pandang ke arahnya.

     “Where to next, sayang?”
     Ikutkan rancangan harini, memang dia plan nak tengok wayang.
     “Aladin!” Suara kecil Zara yang nyaring itu mampu meruntuhkan siling D-Pulze. Seronok nak layan wayang punya pasal. Overexcited, like always!
     Memang itu rancangannya dari hari itu. Semenjak Along dah berpindah ke Putrajaya, memang sinilah jadi port. Tak kuasa dia nak ke IOI Putrajaya, or Alamanda. Tak larat nak menapak.
     Entah macam mana terserempak pula dengan Haqq ketika di Baskin Robbins. Tampa pamit, Haqq terus ikut serta.
     “You okay ke nak tengok wayang ni?” Garau suara Haqq bertanyanya.
     Dengan pandangan redup sebegitu, ajak berenang dalam Lautan Hindi pun Zahara nak ikut!
     “I’m okay. You tak ada kerja ke?” Dia berbahasa basi. Tahu yang Haqq ni kerjanya terbang sana-sini. Along kan tengah gigih nak kenenkan dia dengan Haqq.
     Tapi Along silap. Along kena promote dia pada Haqq, bukan sebaliknya sebab hati dia dah jatuh suka dari haritu lagi dengan Haqq.
     Haqq pula, entahlah. Entah apa yang dia anggap Zahara ni. Kawan ke, level adik-adik ke… langsung dia tak tahu.
     So she just went with the flow.
     Like a friggin dead fish, following the current.
     “Off day. Next Monday flying to Aussie.
     “Oh…” itu sahaja dia balas. Kalau nak kira, dah lama dia kenal Haqq. Kenal gitu-gitu la.
     Bila Along dengan Sarah sakat, dia makin syok. Seronok berangan di siang hari. Tapi, sampai bila dia nak syok sendiri macam ni?
     Agaknya, dia kena mulakan dahulu ke? Tapi nanti kena tolak, macam mana?
     Malu tu nak simpan mana?
     “Nak kirim apa-apa ke?”
     Zahara menjadi pelik seketika. Hari ni banyak pula Haqq yang memulakan conversation.
     Sambil berjalan, Zahara berfikir sejenak. Agak-agak, kalau bagi hint, dia nak respon ke tidak ya?
     “Nak kirim calon suami boleh tak?”
     Selepas berkata-kata, baru Zahara sedar betapa bodohnya soalan itu. Haqq yang sedang mendokong Zara di sebelah, ditoleh.
     Wajah lelaki itu tiba-tiba menjadi ketat.
     “Yang dekat ada, nak juga cari yang jauh.” Haqq menggumam, namun dapat ditangkap Zahara.
     Dia tersenyum puas.
     “Carikan I yang sedap mata memandang tau. Mesti Along dengan Babah approve.”
     Lagi dia siram minyak panas pada Haqq. Iyalah, nak tengok reaksi kan. Dari riak muka Haqq, nampaknya strategi naif itu berjaya.
     So…
     “Teruskanlah berangan tu. Zara, stay dengan aunty. Uncle pergi belikan tiket.” Haqq berkata, lalu menurunkan Zara ke lantai.
     Zara akur dan terus memegang tangan Aunty Hara dia yang terpinga-pinga dengan tindakan Uncle Haqq.
     Dah kenapa tu beku tiba-tiba? Tukar topik mengalahkan Schumaker buat U-turn.
     “Aunty… bila movie nak start?”
     Soalan polos itu dibiarkan. Rambut Zara di dahi dikemaskan. Movie dah start pun anak… movie dah mula sejak daddy kesayangan Zara tu kahwin lagi.

     BEBERAPA hari selepas itu, Zahara menerima sebuah mesej dari nombor yang tidak ada dalam contactsnya.

     + Salam. Haqq here.
     + Edd bagi number you.
    
     Zahara yang masih mamai tika itu membaca pesanan Whatsapp. Apakes ni kacau dia tidur? Baru pukul 1.30 pagi kut?
    
     -Wslm.

     Itu sahaja yang dibalas Zahara. Sumpah, dalam mamai itu, dia tidak tahu nak balas apa. Sel saraf otak masih tidak berhubung di dini pagi itu.
    
     + BTW, ingat lagi tak you kirim apa hari tu?
    
     Pesanan yang masuk itu menarik minat Zahara. Rasa mengantuk terus hilang. Is he serious right now? Matanya celik seluas-luasnya.
     Biar betik dia pergi carikan jodoh sungguh-sungguh untuk Zahara!
    
     -You bawa balik jodoh untuk I? Sebab I kirim jodoh haritu.

     Mampus kalau betul-betul Haqq buat gila. Dia main-main sahaja kut! Yang pergi ambil serius dah kenapa?

     + Yup.

     Satu balasan pendek. You’re dead, Zahara. Lain kali terus-terang la cakap kau sukakan dia. Kau nak dia jadi jodoh kau. Kau saja umpan dia nak tengok reaksi.
     Ini tidak. Tapi jauh di sudut hatinya haritu dia tak dapat bayangkan yang Haqq ni termasuk dalam kategori ‘pembaris’.
      Lurus yakmat!

     Tiba-tiba Haqq menghantar sebuah gambar diikuti dengan kapsyen.

     +Suka tak?
    
     Zahara mengerut dahi. Apa yang dia sedang tatap adalah selfi Haqq, bersama peak cap yang sedang menuruni escalator.
     Haqq buat lawak apa ni? Tadi cakap pasal jodoh, sekarang tanya suka ke tidak?
     Nak buat lawak cerdik boleh tunggu lepas Subuh tak?

     -Baru sampai ke? Suka apa btw?
     Sesaat kemudian mesej berbalas. Bosan sangat agaknya Haqq tu.
     + Jodoh.
     Kemudian dia reply gambar selfinya tadi dengan emoji kenyit mata.
     Telefon terlepas dari tangan Zahara. Dia menggenyeh mata beberapa kali.
     Is he serious?
     Sambil dia termangu sendirian, telefon mula bingit berdering. Apabila ternampak Caller ID,  lambat-lambat dia Swipe Up untuk menerima panggilan.

     “Assalamualaikum.”
     Garau suara di sebelah sana menggetarkan hatinya.
     “Tak lawak la you. I dahlah tengah tidur tadi.” Zahara terus menembak selepas salam dijawab.
     Orang di sebelah sana hanya tergelak besar.
     “Haqq Abdullah bin Ahmad Ghazi! Be serious,” tegas Zahara berkata-kata. Sesuailah jadi lecturer.
     “Dah nak 2 pagi ni Zahara binti Amirul. I takkan ganggu you kalau I tak serius.”
     Tekak Zahara terasa kering. Liur kesat. Hati berkocak hebat.
     Dia tak mimpi kan?
     “Senyap pula? Tidur balik ke?”
     Zahara mendecit apabila kena perli. Kalau ada depan mata ni, tahulah dia nak buat apa.
     “Tak.”
     “Suka tak?”
     Bibir digigit perlahan. Dia angguk, kemudian senyum kecil. Alhamdulillah… tak adalah dia tepuk sebelah tangan tak berbunyi seorang diri kan?
     “Zahara…” Haqq pun jadi tegas. Dah berapa kali dia tanya ni namun masih tidak berjawab.
     “Suka.”
     “Tak sia-sia I istikharah berbulan-bulan. Okay, go back to sleep. I nak drive ni.”
     “Okay. Goodnight.”
     Tiga saat kemudian, sebelum talian dimatikan, pesanan itu berbalas dengan perkara yang paling buat hati Zahara terbang pada tika itu.
     “Goodnight… sayang.”
     Terus Zahara peluk bantal sambil guling-guling macam orang hilang waras akal.
    
     Dia kata dia istikharah. Dia personally minta nombor pada Along. Dia siap wish goodnight.
     Most importantly… he called me sayang.
     Me! Bukan Zara. Tapi Zahara.
 ZA.HA.RA!

DI sebelah talian sana, Haqq juga tersenyum. Lelah yang dirasakan, penat badan tadi pun hilang apabila berjaya luahkan rasa yang sekian lama terbuku di hati.
Tangan diraup ke wajah. Ucapan syukur tidak lekang dari bibir.
Benarlah, kalau hubungan dengan Allah dah okay, insyallah sesama manusia pun Dia permudahkan. 


p/s: Next chapter is the epilogue.

20190606
1211

S.



Comments

Post a Comment