MISTER KEREK

Buku  setebal empat inci di hadapannya itu ditutup kasar. Rambut yang menutupi matanya diselak ke belakang. Pelipis mata ditekan-tekan. Ini kalau dapat air kopi sedap ni.


Roomate, aku give up! Seriously, aku dah tak sanggup nak hadap calculus ni. Sakit otak kau tahu! Apa dia ingat aku ni Einstein hah?”



Gee merungut kepada Rowena a.k.a teman sebiliknya itu. Rowe yang tengah sesedap hati menatap buku resipi datuk nenek dia itu menarik muka bosan dari sebalik buku bacaannya itu. Mahu tak bertaik telinga dia mendengar alasan yang sama setiap hari dari Nur Jehan ni.  Asyik-asyik ‘Rowe I tak tahan la,Rowe I nak tukar kos la, Rowe I stress tau!’, macam tak ada modal lain. Rowe mengeluh.



“Berapa kali nak cakap benda yang sama? Tak tahan then tukar kos. Be like me, chef wannabe, kerja kau masak je 24-jam. Kenyang pun kenyang.”



Rowe berkata selamba. Muka surat buku resipi itu dibelek. Dia kena teliti cara nak membuat soufflĂ©, esok ada skills test!


“Kau ni sama macam Jo lah. Senang je kalau bab cakap. Huuuh.”



Gee mencapai botol air mineral lalu duduk di hujung kaki Rowena. Tudung botol dibuka lalu dia meneguk air mineral itu. Ahhh, sejuk tekak.



“Jo classmate kau, aku roomate kau. Mana sama. Eh, alang-alang kau duduk dekat kaki aku, cuba kau picit sikit. Lenguh tahu berdiri lama. Bila lagi kau nak buat baik sama aku?”


Rowe berkata selamba. Kakinya selamba badak diletakkan pada ribaan Gee. Tangan Gee otomatik memicit kaki teman sebiliknya itu.


“Kau ni... Jo pun suruh je aku tukar kos. Tapi aku tak beranilah nak cakap dekat papa aku. Lagipun tinggal lagi dua semester, rugi pulak aku rasa. Sabar je lah,  Rowe, lagi dua sem aku serabutkan kepala, lepas tu pandai-pandai la aku buat second degree dalam apa-apa , literature ke?.”


Gee berkata senada. Memang dia ambil kos akaun ini pun sebab papa dia, kalau ikutkan hati dia memang nak lari dari segala benda yang berkaitan nombor. Otak dia otak bahasa, bukan otak numeriks. Tapi macam mana dia boleh kekal dapat cemerlang selama dia ambil jurusan ini pun wallahualam. Miracle agaknya.


“Anak bapak. Baguslah, kau jaga hati papa kau. Accounts pun in demand apa sekarang, keluar je tentu ada kerja. Kau pun boleh kerja bawah papa kau. Entah-entah Bank Negara nanti pun nak kau kerja dengan dorang. Rezeki kan, mana-mana ada.”


Gee angguk. Betul tu, selagi jadi tanggungan papa, kita sejukkan saja hati dia. Nanti kalau papa tak restu, Allah pun marah. Iyalah, dari kecil sampai sekarang, papa yang besarkan dia, didik dia, beri dia kasih sayang. Mama? Mama pergi tinggalkan dia semasa dia berusia 14 tahun. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama dua bulan. Mama meninggal ketika tengah koma. Tak sempat Gee nak minta halal semua benda, tak sempat nak pandang mata mama, mama pergi ketika dia pejam mata. Sedih.


“Hurm...eh, kaki kau ni kasar gila. Kalah kaki nenek aku ha. Jagalah sikit kaki ni, berus dengan dawai tu masa mandi. Barulah smooth.”


Gee menukar topik. Nasib baik Rowe ni sama kepala dengan dia, jenis tak kisah kalau dia nak mengadu ke apa ke, kiranya tak adalah rasa sangat beban belajar tu.


“Suka hati lah kaki aku! Dear, nak dengar cerita tak? Ini coursemate I cerita. Sepupu dia ada kawan baik. Kawan kepada sepupu dia ni, baru kahwin masa cuti haritu. My coursemate ni pergilah sponsorkan dia mini cupcakes you know, for doorgifts.”


Rowe sudah meletakkan buku disebelahnya. Rambut diikat kuda. Badan ditegakkan, semangat nak cerita ni.


“Eh pause, pause. Kawan you ada sepupu. Sepupu dia ada kawan baik, dah kahwin? Okay, baru faham.”


Gee mengulang balik apa yang Rowe ceritakan tadi. Iyalah, cara Rowe nak kaitkan kawan kepada sepupu kawan dia tu macam pusing satu Malaysia. Terbelit sana-sini. Guna perkataan ‘acquaintance’ kepada kawan dia pun dah cukup lah. Hee-yee!


“Ish otak lembab lah you ni Gee.”

“Ah lembab tak lembab, sambung!”

“mana dah tadi? Oh...cerita dia, budak tu kahwin dengan lecturer sama Uni dengan dia. Sweet je kan?”


Rowe sudah tarik muka dreamy nya...Ahh so sweet kan. Tapi geli pun ada. Tapi tetap comel ja, student-teacher relationship. Macam dalam novel pun ada, novel Suami Aku Ustaz.


“Motif kau Rowe, kalau macam tu lah cara kau nak cerita, memang epic fail! Baru nak feel, terus the end? Even Grimm Brothers pun reject lah.”


Perli Gee. Bukan dia tak tahu yang sememangnya Rowena ni tak pandai nak bercerita. Kalau dia baca novel yang tebalnya 400 muka surat, si Rowe ni boleh tolong ringkaskan menjadi 2 -3 baris ayat sahaja. Nak kata betapa kritikalnya kemahiran bercerita Rowena ini.


“Grimm tak Grimm. Eh, kau punya faculty takkan tak ada lecturer yang still single, ready to mingle?”


Rowe memasang idea. Gee tarik muka. Terbayang satu persatu wajah pensyarah di jabatan perakaunan itu. Semuanya sudah tak ada rambut di atas kepala, padah menghadap nombor agaknya.


“Semua dah kerepot lah. Anyways, aku tak hingin lah nak cari educator sebagai laki. Tak sama jiwa, beb.”


Rowe hanya mengangguk mendengar alasan Gee. Baiklah, Gee. Aku saja tanya, manalah tahu kan, tersangkut dengan pensyarah kat sini ke kan.


“Eh? Bukan fakulti kau ada  lecturer yang baru ke? Abang Jo kalau tak silap aku. Jo tak cerita ke? Aku terserempak dengan dia dua minggu lepas, lepas tu aku nampak dia tolong angkut kotak-kotak, aku tanyalah dia kotak apa, dia pun cakap dia tolong abang dia kemas bilik kerja. Abang dia baru balik overseas dan terus dapat offer mengajar kat sini.”


Rowe semakin rancak bercerita. Gee tayang muka selamba. Jo, aka rakan yang paling dia ngam di kelas, ada juga cakap haritu, tapi dia buat tatau pun. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Gee pun tak ada kehendak untuk menggali dengan lebih dalam tentang abang si Jo itu.


“Hrmm...apa-apa je lah. Wey, aku nak tidur kejap, nanti nak turun cafe bagitahu.”


Kata Gee sambil berlalu ke katilnya. Hal Jo dan abangnya ditinggalkan begitu sahaja. Rowe yang sudah memahami perangai Gee itu terus mematikan cerita. Suis pendingin hawa dicapai lalu dinaikkan. Brr..sejuk! Nasib lah kelas hari ni batal, kalau tidak...tak ada peluanglah dia nak membuta siang-siang ni.


“Aku ada discussion lah lepas ni, kau pergi sorang-sorang eh. Before aku gerak aku kejut kau.”


Balas Rowe. Dia pun turut menarik selimut. Pejam mata 15 minit, nak restore tenagalah katakan.



***


Gee terkocoh-kocoh menyarungkan jeansnya. T-shirt hitam yang tergantung di belakang pintu disarungnya. Tudung merah yang dipakainya semalam disarungkan kembali ke kepala. Tak sempat dah nak gosok ke apa ke, Mr Samy Subramaniam a.k.a pensyarah management accounting tiba-tiba nak jumpa dia. Dah dia wakil kelas, kenalah pergi.

Terngiang-ngiang lagi tadi ketika dia tengah syok beradu, Mr Samy telefon dia dua tiga kali baru dia angkat. Kali pertama, dia masih tak sedar dari lena. Kali kedua, suara dia garau bangun tidur, kali ketiga baru okay. Sampai panjang lebarlah Mr Samy minta maaf dengan dia sebab ganggu waktu tiada kuliah.


“Hallo! Hallo!Girl! You asleep ah? I’m very sorry to disturb you. But this is urgentCan you come and collect some tutorial questions for day after tomorrow’s session? I won’t be coming in but this tutorial is worth two  hours period. So later on there’ll be no replacement class. ”


Gee mengiakan sahaja. Sanggup dia tunggu bas untuk mengelakkan daripada kelas berganti. Sebab itu dia terus kelam kabut. Dia mengejutkan Rowe supaya bangun, nanti Rowe tercari-cari pula dia.


“Aku nak pergi jumpa lecturer.Bye!”


Omel Gee sambil menyilang beg sandangnya itu. Sony diklipkan pada poket jeans, dan telinga disumbat earfon.  Baik jalan sambil dengar lagu, boleh perasan macam dalam video clip.



***


Anak-anak tangga seakan-akan batu Caves itu dipanjat laju. Ambil je soalan dari Mr Samy, dia nak pergi makan. Perut dah macam orang kebuluran, dari tadi ‘grrrr’ ‘grrrr’ saja bunyinya.


“Apa ni mak! Kenapa tak cakap awal-awal Abang pergi fetch abah? Abang punya kelas sampai malam hari ni. Lepas tu nak semak thesis budak degree lagi, haiyo! Suruhlah anak manja mak tu pergi ambil abah.”


Gee yang sumbat telinga volume hampir nak penuh pun dapat dengar dengan jelas lelaki yang laju mendaki turun anak tangga itu. Gila kemas cara dia pakai. Selama ni tak pernah nampak pun? Dah dua minggu dia tak naik bilik pensyarah, ada pensyarah baru yang masuk pun dia tak sedar. Langkah kaki Gee diperlahankan. Iyalah, yang sebelah sana pun laju, yang nak naik ni pun laju, kalau terlanggar mahunya patah tulang punggung kalau jatuh.



Gee masih sempat memerhatikan lelaki yang berada 10 kaki di hadapannya itu. Slacks fitting, baju putih slimcut memang melekat kat badan, nampaklah jugak ketul-ketul dia yang tak berapa berketak tu kat tangan. Kasut, mak aih, berkilat.Cermin mata hitam tersangkut pada leher kemeja yang tidak bertali leher dan terbuka dua butang atas itu. Rambut in place, semula jadi perang ke dia dye? Air rumah dia karat agaknya.



“Ish mak ni. Ke situ pulak. Suruh je adik tu. Dia free lah mak. Mengada saja lebih dia tu, kalau tak apa susah, mak bukan tak boleh bawak kereta, mak pergi je lah airport tu. Suruh bibik teman sama.”



Langkah kaki jejaka itu makin laju. Tangga itu dahlah agak licin dan curam, karang ada yang tersungkur. Gee berhenti sebentar di tengah tangga. Penat berlari dari stesen bas ke sini, lepas tu lari lagi panjat tangga, orang masuk Olympics saja tak rasa penat.



“ Maaaaaaak. Abang malas nak ganti kelas hari lain. Lepas tu nak redah jem sebab  nak balik tukar kereta, satu! Leceh lah mak. Ish mak, dengar abang nak cakap ni. Sibuk nak marah abang pulak. Itulah tak cakap awal-awal.”



Lelaki itu sudah meninggikan suaranya. Cakap orang duduk seribu batu pun boleh dengar, cakap dengan mak kenalah lembut-lembut, ini tidak, gaya dia macam singa nak telan rusa.



Dan, tanpa ada ribut taufan, si dia tersungkur dek tersalah footing di hujung anak tangga itu. Betul-betul di depan Gee. Gee yang tadi khusyuk memandangnya terus mengelak ke tepi. Kalau tidak dia dah turut sama jatuh dek tertolak oleh lelaki itu. Lelaki itu sepantas kilat kembali berdiri. Telefon yang tercampak ke lantai dipungutnya, kembali diletakkan ke telinga. Shades yang tadinya tersangkut pada leher kemeja yang turut terjatuh juga dipungut kembali.



Gee ingin membuka langkah kembali memanjat anak tangga ke bilik Mr Samy terhenti apabila ada tangan yang menarik poket beg sandangnya. Uh-oh.



“Hallo? Ya mak. Abang cakap dekat dia nanti suruh fetch abah. Hrmmm...yelah yelah. Nak pergi jumpa dia lah ni. Hrmm...bye! See you.”


Telefon dimasukkan ke dalam poket belakang seluar. Shades di tangan disapukan pada dada. Mata memandang wanita itu. Rian menarik muka serius dia. Budak perempuan depan dia ni dipandang atas bawah. Pendek nak mampus!


“Kau nampak apa tadi?”

Adrian bertanya serius. Budak di hadapannya itu mengerutkan hidung. Amboi, ingat cantik ke buat macam tu, kenit?


“Nangka jatuh ...” Gee bersuara perlahan. Mana tak perlahannya, telinga masih tersumbat dengan earphone.


Rian menadah telinganya dengan tangan. Apa dia cakap?? Tu berbisik ke cakap? 


Gee menggigit bibirnya. Lelaki ni tak dengar ke? Tangan mencapai MP3 Sony dari poket seluar lalu butang off ditekan. Mata kembali memandang lelaki itu.


“Saya cakap saya nampak awak jatuh. Kena tulah emak eh? Tinggi lagi suara dengan emak, Allah balas cash terus.”


Poyo saja Gee menjawab. Wajah Rian sudah memerah. Dahlah dia nampak aku jatuh, lepas tu dengar pulak apa yang aku cakap dengan mak. Penyibuk lah budak kenit ni. Turun saham hero Malaya ni. Dayumm!


Bagus,kau  tak nampak apa-apa.”


Selamba Rian bertutur macam dia tak dengar apa yang dikomen Gee tadi. Gee mengerutkan keningnya. Pekak ke abang stylo?


“Saya cakap saya dah nampak encik jatuh. Dengar tak?”


Gee meninggikan suaranya, sebab dia ingatkan Rian ada masalah pendengaran. Rian pula mengepal buku limanya. Geramnyaaaa dengan budak ni.


“Hish! Tahulah kau nampak pun, tapi cakap jelah tak nampak apa-apa. Hiyeee, itupun tak reti. Good for nothing lah kau ni. Dah, shoo! Bawak malang saja.  Dahlah kenit.”


Rian memarahi Gee. Gee tarik muka masam. Apa kes dia ni ha? PMS ke nak menopause? Orang cakap benda yang betul dia marah pulak. Malulah tu, jatuh lepas tu ada orang nampak. Apa dia panggil aku? Kenit?


“erh helo? Mister Kerek, I am not kenit okay, you are the one who is too tall. Hish...semak semak!”


Dan Gee pun melangkah pergi. Rian mendengus kasar. Budak kenit nih, aku cili jugak mulut. Tak pandai jaga adab dengan pensyarah ke? Memang budak sekarang pandai menjawab agaknya. Shades yang sudah bersih dilap tadi disauk ke batang hidung. Panas cuaca dan panas hati.


Really Rian? Kau tu yang tak jaga adab, jangan harap orang nak jaga adab dengan kau. You were first to be rude, not her.



***


“ Abang tak kira, kau kena juga fetch abah.”


Apa masalah Johanna ni? Mak pun sama, dia yang sibuk juga yang disuruh ke airport. Johanna, ataupun Jo, dipandangnya kecil besar. Orang siap belanja Nandos lagi pun dia masih tak mahu tolong abang dia ni. Haiyo...


“Please la Jo. Serius abang sibuk ni. Abang ada lecture malam ni, lepas tu nak semak thesis diorang lagi. Can’t you please sympathise me a little?”

Johanna tarik muncung. Mata ralit mencari ruangan kosong untuk turunkan abang dia ni. Jumpa pun ha, nasib Viva comel ni kecil, sumbat mana-mana pun muat! Jo memalingkan mukanya ke tepi setelah membuka tali pinggang keledar. Ohoh! Aisehman, abang Rian dia ni dah tarik muka paling comel lah pulak. Tak padan dah usia nak masuk mid 30’s.  Jo mengeluh. Tengok muka sepuluh sen abang dia tu membuatkan dia rasa tidak sanggup pula untuk menolak.



“Adik kureng lah bawa kereta malam-malam, abang. Silau...”


Rian masih dengan muka comelnya. Alahai....aku sepak-sepak jugak jantan ni. Nasib pangkat dia abang, kalau adik aku, haaa...dah jadi belacan pipi tu.



“Okay fine!fine! Jo ambil abah. Bak sini duit minyak 100 ringgit!”


Kata Jo selamba sambil menadah tangan. Dah, nak muntah hijau tengok muka abang dia tu. Rian pula menghadiahkan adiknya jelingan tajam, namun poket belakang seluar masih dicapai. Dompet dibuka lalu dua keping duit berwarna unggu diserahkan kepada adiknya. Jo makin bersinar-sinar matanya.


“Wah wah, thank you brother! I minta a hundred, I get double.”


“Diam sudah. Ini kali je, lain kali jangan harap. And Jo, kalau boleh kau bawak kawan sorang, and drive kereta aku. Viva kau ni sempit. Tahulah abah punya beg tu besar mana kalau pergi outstation. Tak muat bonet.”



Jo tarik muka sememeh mendengar kata-kata abangnya. Tahulah tuan badan ada Beemer X6, berbaloilah dengan PhD yang dia ada tu dan juga segala saham yang dia pegang dalam syarikat abah tu. Kita ni masih belajar, Viva lagi kurang kos, biarlah mak bapak kaya raya pun, takkanlah asyik nak mintak sponsor dengan mak bapak, betul tak?



“Kutuk lagi kutuk, ada Beemer tapi sekarang naik Viva adik! Ish, dah dah, keluar keluar.”

Gesa Jo sambil menolak bahu si abang. Rian senyum sumbing. Jarak umur hampir sepuluh tahun tidak mengecualikan mereka untuk mengacah satu sama lain.


“Hari ni turn my darling Hayabusa. Beemer kat rumah.”



Rian berseloroh. Jo buat gaya tangan ke bahu mata ke atas. Abang siapa yang kerek sangat ni? Mungkin sebab itu kut sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi.  Adrian pula suka sangat menyakat adik dia ni, dah anak manja, kenalah sakat. Kalau bukan abang yang nak sakat, siapa lagi kan?


“Isi minyak penuh-penuh tau. Beemer aku tu dah ‘E’. Tahukan aku letak kat mana kunci tu kat rumah?”


Adrian masih bertanya. Sebelah kakinya sudah berada di luar pintu kereta, keluar-keluar itu tidak. Jo mengangguk, sambil mengeluh.


“Dalam laci spender abang tuh! Ish, jijik! Luar alam punya perangai anak teruna bujang terlajak mak nih.”


Kutuk Jo selamba. Dalam kepalanya dia turut mencongak jadualnya malam ini. Aiyoyo, mahu balik rumah lagi, lepas tu tukar kereta, lepas tu balik rumah balik, ambil kereta dan baru boleh balik hostel. Agak-agak pukul berapa dia boleh tidur malam ni ha?


“Terlajak pun terlajak lah. Men, the older we get, the higher is our nett worth. Unlike you females. Dah, aku naik dulu. Bawak Beemer aku elok-elok. Ada calar satu cm pun siap kau.”


Pesan Rian sebelum menutup pintu kereta dengan kuat. Jo mendecit geram. ISH!!! Abang dia ni kan, kalau dengan Viva dia sehabis-habis abuse dan violence dia pamerkan. Kereta tu tak reti nak tutup perlahan-lahan. Cuba kita buat dengan X6 dia, dua hari pun tak habis membebel. Kerek punya abang!



***


Sir...I think you need to send this this baby to the clinic. Your hard disk is corrupted.”


Gee menyuarakan pendapatnya setelah mencuba sedaya yang boleh untuk memulihkan laptop Mr. Samy itu. Hampir dua jam dia berada di sini, tujuan asal datang sebab dia nak ambil soalan tutorial dari pensyarahnya itu, tup tup Mr Samy tersalah fotostat pula. Lagilah orang tua itu meminta ampun beribu-ribu ampun daripada Gee. Gee tarik senyum yang sangatlah tidak ikhlas ketika itu.  Mr Samy ni, ada saja yang dia nak tersalah buat. Memang Mr Samy tak boleh lari dari watak kalut dia itu.



Mr Samy pula suruh Gee tunggu sebentar, untuk dia printkan tutorial yang betul. Tetapi, masalah lain pula yang timbul. Laptop dia  pula kena hinggap virus, sehinggakan hard disk semua dah jadi kosong. Naik buntu Gee menekan itu ini, namun masih tiada apa-apa yang terjadi. Sodakallah dah laptop Mr Samy ni, memang kena hantar ke kedai. Gee ni, walaupun papa dia tauke besar barangan elektronik ni, dia bukannya pakar dalam virus-virus ni. Nampak lah yang Mr Samy ni pun sejak beli komputer riba dia tu, tak pernah hantar ke kedai untuk servis.



“ Aiyoo. Habislah I, semua presentation I, nota kuliah I, exam questions you people, dalam tu.”


Mr Samy bersuara sedih. Gee menayangkan muka simpatinya sahaja. Orang tua ni tak buat back up ke?


“Sir...don’t you have any backups?”


Gee bertanya. Tangannya menutup suis laptop itu. Mr Samy pula menggaru kepalanya. Tangannya pula sepantas kilat menggeledah laci meja kerjanya itu. Kemudian, Gee rasa seakan-akan ingin pengsan apabila melihat dua external disk berwarna putih yang baru dikeluarkan oleh Mr Samy itu.

Haiyo Sir... you are seriously going senile, truthfully speaking. Kenapa dari tadi tak cakap ada backup. Dua jam saya dekat sini, Sir. Kalau ada soalan tutorial tu semua saya dah boleh siap jawab.”


Perli Gee selamba. Nasib Mr Samy ni jenis boleh dibawa bergurau. Dari hujung mata Gee dah boleh melihat Mr Samy yang sudah sengih seperti kerang busuk itu.


“Sorry ah girl, I’m already old. You wait, I pergi print original dengan lecturer lain sekejap.”


Mr Samy laju mencari pensyarah yang bakal menjadi mangsanya kekalutannya itu. Hampir semua bilik pensyarah kosong, semua ada kuliah agaknya. Gee, walaupun disuruh Mr Samy untuk tunggu, namun dia tetap membontoti pensyarah favouritenya itu. Suka tengok Mr Samy menggelabah satu ofis.


Kaki Gee berhenti melangkah di hadapan bilik bernombor 49 itu. Eh? Bilik ni dah ada orang? Dulu kosong saja, lecturer baru lah kut? Gee tertanya-tanya di dalam hati.


Doc, luckily you are in. Can I use your desktop for a while? My laptop kena virus, I need to print something urgently. May I?”


Mr Samy bertanya dengan penuh berhemah. Gee masih menunggu disebalik pintu. Buang karan kalau dia pun nak masuk sekali. Dahlah pensyarah baru, tak kenal pulak tu. Segan!


“Eh sure sure. Saya pun baru nak penuhkan ink printer.”


Gee dapat mendengar perbualan mereka berdua dari dalam. Tapikan, suara ‘Doc’ tu macam pernah dengar saja sebelum ni. Deja vu kut? Hrmmm...


“Gee! Last lecture was on topic 3 right?? You need the lecture notes too?”


Mr Samy bertanya dari dalam. Gee nak tak nak munculkan dirinya dari sebalik pintu itu. Kaki dia melangkah menghampiri meja itu. ‘Doc’ itu pula membelakanginya, tengah isi dakwat printer. Tapi Gee macam pernah nampak baju putih slimfit dan seluar slacks hitam itu.


If you wanna give them then I’m cool with it, Sir. Yang extra notes last chapter pun seemed brilliantIf only you were kind enough to pass it...then we shall appreciate them.”


Gee berkata selamba. Hello, ini sudah ibarat kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan tahu. Nota pensyarah itu macam harta karun, semua soalan peperiksaan mesti keluar sama macam nota pensyarah. Dah dia tawarkan, orang tak waras saja yang tolak.


“Mr Samy, are you spoonfeeding them?”


Si Doc itu bertanya khuatir. Namun, badannya masih statik di hadapan printer itu. Mr Samy pula membuat muka ke arah Gee, memerli pensyarah baru itu agaknya.


“No lah Doc, bukan selalu. Ini sekali dengan soalan tutorial.”


Habis saja ayat Mr Samy itu, telefonnya berdering.


“Girl, you tolong I printkan satu original copy for tutorial questionsLecture notes you masukkan softcopy dalam pendrive you. Could save some trees from being cutI need to take this call.”


Gee angguk. Dia berlalu untuk membuat apa yang diarahkan tadi. Dan, tanpa disengajakan, dia terlanggar belakang badan si ‘Doc’ yang tiba-tiba mengundur itu.


“Shoot! Apa main langgar-langgar ni. Arhhh.”


Lelaki itu mendengus geram lalu pusing ke belakang.Nak tengok sikit ‘girl’ yang melanggar dia itu. Gee pula terkaku di tempatnya. La...si kerek ni rupanya.


“Doc. Sumpah, saya tak sengaja. Doc yang undur,  saya tak sempat nak elak.”


Gee menegakkan hujahnya. Muka Rian sudah merah. Siapa tak marah kalau tiba-tiba kena langgar, bukan setakat itu sahaja, kena langgar lepas tu habis baju terkena dakwat hitam printer itu? Geramnya! Asal jumpa budak ni, mesti ada saja bad omen yang akan berlaku pada dirinya.


“Alasan. Dah, print cepat. Then ikut saya.”



***


Gee nak tak nak terpaksa berulang-alik di hadapan bilik air lelaki itu. Nasib baik ramai pensyarah yang tiada, kalau tak, entah apalah yang dia ingat Gee buat tu. Tup tup kena chop jadi stalker.


“Ish dia ni, tukar baju pun kalah perempuan.”


Kutuk Gee geram. Selepas insiden tadi, dia diheret ke sini, kerek tak kerek Mister Kerek itu sorang. Haih.


“Siapa suruh kau rosakkan baju aku? Ini ha, basuh dengan tangan. Sental sampai hilang kesan. Baru pulangkan balik. Faham?”


Gee terkejut dengan Rian yang tiba-tiba menerjah dari sebalik pintu tandas lelaki itu. Hish kus semangat. Tangan Gee otomatik mencapai paperbag dari Rian lalu baju itu dibeleknya. Ini rendam clorox pun belum tentu hilang. Belikan yang baru sajalah! Senang kerja.


“Faham ke tidak, girl?”


Rian bertanya geram. Baju kesayangan rosak dek dia ni, hish...kecil besar je aku pandang si kenit ni. Tenyeh jugak karang. Tengok tu, boleh pulak dia buat muka bosan dia kat sini. Kalau student aku lah, dah lama aku brainwash.


Gee pula menayangkan muka tidak puas hatinya kepada Rian. Apa girl-girl? Favourite lecturer saja boleh panggil aku girl. Ish, geramnya tengok muka bangga si kerek ni. Grrr...tumbuk karang haaa, ada pulak masuk berita muka aku ni.


“Ye, faham. Saya sental sampai hilang daki-daki ‘doc’ yang berkurun dah ada dekat sini pun hilang ha. Bye!”


Dan Gee terus berambus dari situ. Hey...panas weyh jumpa seteru kat sini. Lecturer tak lecturer, musuh tetap musuh. Ya idak?




Rian pula hanya senyum sumbing melihat Gee melangkah dengan penuh kemarahan itu. Amboi, sentap ye kenit? Cari lagi pasal dengan aku ha...


***

 “Gee, kau drive ok? Aku silau malam-malam ni.Please...”
Nur Jehan hanya mampu melepaskan keluhan berat. Beemer X6 putih yang terparkir indah di bawah garaj itu dipandang lama. Bibir bawahnya digigit. Kemudian jari mendarat pada kening lalu digaru perlahan keningnya yang tidak gatal itu.  Wajah simpati Jo dipandang sekilas. Kemudian, Beemer itu dijeling lagi sekali. Hish, kereta mahal, kalau jadi apa-apa macam mana? Papa aku punya X6  pun aku tak berani pegang, inikan pula BeemerX6M  abangnya Jo ni.

            “Jo...aku takutlah. Kalau apa-apa terjadi macam mana? Kalau Viva kau ni aku beranilah jugak!”
            Gee masih tetap dengan jawapannya. No! Not gonna drive that expensive European car!  Jo menyandarkan badannya pada pintu kereta Vivanya sambil memandang Gee atas bawah.

            “Kata bestfriend.Kalau aku tahu kau pengecut, aku suruh kau ajak si Rowe tu sama. Dia pun bawak Beemer kan?”
            Jo mengungkit.  Gee mengangguk perlahan. Muncung tudungnya ditiup kuat. Masa inilah tudung nak terkelepek.

            “La, tak pergi-pergi lagi ke? Mak ingat dah pergi dah tadi. Iniha, abang call tadi, cakap suruh kawan Jo yang bawa kereta. Jo silau kan. Suruh Gee bawakan then. Nanti kamu bawa entah pergi langgar apa pulak nanti.”

            Mak Johanna bersuara dari hadapan pintu Villa itu. Jo sudah meninggikan keningnya pada Gee. Gee hanya mampu mengeluh. Aiyoyo, kenapa abang lu beli kereta mahal-mahal Jo oi! Kenapa!!!!

            “Aunty, Gee tak biasa lah drive kereta besar macam ni. Last time masa Gee bawak Beemer papa pun kena cucuk, aunty. Seram sejuk tahu. Apa road drivers ni ingat orang bawak kereta hebat ni semua jenis nak melaram bawak lebih 200 agaknya.”
Gee beralasan dengan Mak Jo pula. Emak Jo hanya menggelengkan kepalanya.

            “Gee, aunty percayakan Gee. Jo boleh saja bawak tapi itulah, dia ni silau tahap teruk. Kalau nak drive dekat tak apalah, ini sampai KLIA tu.”

            Aunty Nah masih memujuk kawan baik anak gadisnya itu. Memang dia percayakan Gee, lagi tinggi dari dia percayakan Jo . Kalau Gee bawa kereta memang berhemah, si Jo ni pula, hesh. Tambah-tambah, Jo tu silau kuat sangat. Takkanlah nak suruh pakai cermin mata hitam malam-malam ni kan, orang kata apa pulak nanti.

            “Tapi aunty...”
            “Sudahlah sayang, kalau ada orang cucuk, kamu buat tak tahu je, dorang pun akan fed up nanti. Dah, start enjin, abah kamu tu Jo dah nak landing agaknya.”

Seraya itu Aunty Nah masuk rumah. Gee tarik muncung sedepa. Memanglah aunty ni pun, Hitler moden!  Tapi Hitler ni baik hati.

            “Udah le kau tarik muncung, dah, unlock cepat.”

Arah Jo geram. Mengada Gee ni, macamlah tak pernah testdrive kereta bapak dia kat rumah tu! Gee menekan butang atas pada smart key kereta itu yang sama panjang dengan ibu jarinya itu. Bunyi tick dua kali menandakan kereta itu sudah dibuka kuncinya. Selepas itu, Gee menggenggam pula handle  pintu kereta itu sekejap dan apabila sekali lagi tick dapat didengari, dia menarik pintu kereta itu. Itu dia, ingat ada smartphone ja, rupanya smartcar pun ada! Nak buka pintu pun dah macam nak masuk makmal radioactive gayanya! Tak faham betul kenapa lelaki suka sangat kereta yang sporty and exotic. Oh lupa, ada duit kan, beli kereta mahal-mahal dapat elak cukai.

Badan dilabuhkan pada seat pemandu. Kaki dijatuhkan ke atas brake dan jari telunjuknya menekan ignition button  di sebelah steering itu. Enjin BMW X6 M itu menderam garang. Pedal minyak di ramp  beberapa kali dan Jo tergelak memandang reaksi Gee itu.

“Itu kau, cakap tak berani tadi. Gaya macam expert  dah aku tengok. Aku kalau bawak ni kan, abang aku mesti bebel ceramah dulu dekat sejam. Entah dia kena rasuk apa sampai yo-yo-oh je bagi kau bawak.”

Puji Jo berpuas hati. Heh, Gee tarik senyuman sinis sebaris. Cuak bawa kereta orang masih ada, Cuma pandai-pandai la nak cover. Jo dipandangnya.

“ Sebab abang kau tahu kau bawak macam hantu. Cilok sana cilok sini, memang ceramah dululah sebelum bagi guna.”

Sinis ayat-ayat Gee. Jo menjelirkan lidahnya ke arah Gee. Gee hanya tergelak. Seatbelt disarungkan dan kedudukan seat diubah mengikut keselesaan dia. Abang Jo ni mesti spesies tinggi lampai, kaki Gee pun boleh melunjur penuh sebelum dapat cecah pedal.

“Abang kau tinggi lah.Kan?”
Tanya Gee selamba sambil mengundur kereta perlahan-lahan. Kalau laju-laju, mahu juga dia langgar pasu bunga aunty Su kat tepi pagar tu. Jo yang tengah menarik tali pinggang keledar itu mengangguk. Bajet Gee nampak le anggukan dia tadi.

“Tinggi la jugak, nearly 6’3’’ I think.”
Kata Jo. Gee ternganga. Bapak tinggi abang dia.

            “Goodness, that’s darn tall. Kau ada darah Bugis ke? Ke darah Arab ke, matsalleh ke? Kenapa abang kau melangit, kau tak melangit?”

            Kereta sudah selamat dikeluarkan dari porch  lalu punat ditepi gear itu ditekan. Dari mode reverse terus berubah kepada mode drive.

            “Amboi mulut. Aku tak melangit pun tapi tinggilah jugak dari engkau tu.”
Sedas terkena balik pada Gee. Gee mendengus geram. Ada-ada je si Jo ni nak sakat dia, walaupun dia yang mula sakat Jo dulu.

            “Tahulah aku pendek. Pendek-pendek pun ,mak kau, abang kau harap aku lagi bawak kereta ni pada engkau tu ha.”

            “Ceh. Sebab aku buta malam. Eh, apa kau ni, cubalah rasa sikit enjin turbo ni. Tukar mode lah wey, buat sport.”

            “Kau gila minah? Kalau kereta aku tak apa lah, ni kereta abang kau. Aku jumpa pun tak pernah, heesh, jangan harap lah aku nak bawak laju-laju. Even papa aku pun tak bagi lebih 120 tau dengan X6 dia tu.”

            Gee rancak menggelengkan kepalanya. Jo gigit bibir. Ni nak kena bagitahu tak apa yang dia cakap sama Rian sampai Rian yakin sangat kawan dia tolong bawa kereta? Melenting lah sekejap lagi si Gee ni. Jo menarik nafas dalam-dalam, yep, kena bagitahu.

            “Urm, Gee...sebenarnya kan, aku tipu abang aku beb. Aku cakap kat dia, kau lelaki Gee as in Jehan.Jehan bin Ahmad. Sebab tu dia bagi kau bawak.”Senafas Jo membuka cerita. Wajah Gee dipandang dengan muka simpati. Gee tetiba rasa berapi. Johanna did what!?!

            “What!?!”
            “Yeah, kalau tak haram dia nak bagi. Takkan mama aku kut nak keluar malam-malam drive? Kereta mama masuk workshopJag abah aku lagilah aku tak berani sentuh. Si Rian tu pulak hari ni jugaklah dia nak buat kelas dengan students dia.”

            “Who’s Rian?” Tanya Gee, memotong kata-kata Jo.Jo memandang Gee hairan.
            “Abang aku lah. Eh, aku tak cerita eh? Bukan aku dah cerita ke dulu?”
             Jo musykil, sambil itu dia tukar topik. Tak suka bila Gee marah-marah. Tapikan, rasanya dah cerita pada Gee sebelum ni yang abang dia pun menjadi pensyarah di universiti mereka. Lagi best, mereka same department.

            “Kau cerita kat Rowe lah. Aku tahu abang kau baru masuk jadi lecturer, tapi aku tak pernah jumpa pun.” Jelas Gee. Topik Jo menipu abangnya sudah dilupakan.

Signal diberikan dan dia mengubah lorong ke lorong lain. Kereta kat depan ni kenapa ciput sangat? Gee memotong lalu membunyikan hon, padanlah ciput, cakap telefon!

            “Gila punya mamat, nak cakap phone gunalah handsfree!
Jo yang turut sedar akan situasi itu memberikan komen, namun tangan masih memegang telefon tercinta. Tengah skrol cari benda apa ntah tu.

            “Eh, balik pada topik kita, abang aku tu kalau kau jumpa, yang paling mudalah kat department tu. But yeah, most of our lecturers refer him as Doc. Kalau salah dengar boleh jadi dog. Thehehe!” Jo membuat lawaknya. Gee hanya mengerutkan hidungnya, elok betul perangai budak ni sorang, kalaulah abang Rian dia dapat tahu, mati-mati kena luku kepala ni. Tapikan, bukanke tadi Mr Samy panggil si kerek tu Doc? Jangan-jangan...

            Gee merenung tajam steering kereta, kemudiannya tangannya melepaskan steering kereta itu. Kereta tergelincir ke lorong sebelah, kereta sebelah membunyikan hon kuat. Jo juga menjerit, terkejut dengan pergerakan drastik kereta itu.

            “Choi, kau ok tak wey? Pergi lepas steering masa speeding kenapa?”
Bertubi-tubi soalan dari Jo. Gee hanya melepaskan nafasnya berlahan-lahan. Masih terasa sesak dada ni. Mata ditala ke jalan, tangan memegang kejap steering kereta, sehingga putih buku limanya. Jo menggelengkan kepala, kena rasuk hantu apa dah ni?

            “Kau...kau punya abang...eh tak. Kau ada gambar dia tak?”
Tanya Gee tergagap. Tolonglah cakap Doc Kerek tu bukan abang Jo. Please please please!Jo angguk sambil menggeledah telefonnya. Setelah itu telefon ditayangkan pada Gee yang tengah memandu itu. Gee membulatkan matanya lantas menekan brek.

            “Shoot!! Mr Kerek abang kau?” Kata Gee sambil kaki menekan brek. Reflex action.
            “Gee!” Jo menjerit apabila badannya terkehadapan.
            ‘BUK!’

Gee menggigit bibirnya. Jo memandang Gee geram, dan, Gee rasa ibarat mahu menangis sahaja. Tengok muka Mr Kerek saja, dah mampu buat dia tekan brek. Tak cukup itu, kereta dari belakang tengah laju, makanya, semua benda yang diharap tak berlaku telah berlaku. Kena cium oleh kereta belakang, mesti calar punya ni!

"oh no..."

Jo memandang Gee. Gee turut memandang Jo, kedua-duanya menayangkan muka cuak. Habislah, janganlah kena teruk sangat, pinta Gee dalam hatinya. Apa punya badi lah Mr. Kerek tu? Sebut nama dan tengok gambar je pun dah kemalangan. Gee menggaru dahinya, aiyoyo, matilah lepas ni,dahlah dia bukan lelaki,hakikat itu mesti akan buat si kerek tu marah tahap gila-gila. Ish si Jo ni suk suki je tipu abang dia. Haish.

" Should we just stay here or go talk to the driver?" Suara Jo mengembalikannya ke alam realiti. Gee berpaling ke belakang. Kelihatan pemandu kereta belakang sudahpun keluar. Nak tengok teruk mana impak accident tadi agaknya. Gee melepaskan tali pinggang keledarnya lalu memandang Jo.

"Kau tunggu sini, aku pergi discuss dengan dia." Kata Gee tegas. Dia tengah tahap cuak ni, tengok abang belakang tu boleh tahan berbakul ketul-ketul di badan. Sekali dia tumbuk mahu pecah muka Gee ni gamaknya.

"Kau...kau nak turun sorang ke?" tanya Jo hairan. Gee sekadar mengangguk.
"Kau tunggu dalam kereta, tangan standby nombor polis, apa-apa jadi, kau call polis terus."
Langsung, Gee keluar dari kereta. Jo masih terpinga-pinga. Berani mati punya perempuan! Cuak punya pasal, tangannya menekan bar nama yang tertulis 'Rian' itu. telefon dilekapkan ke telinga, beberapa saat kemudian, abangnya mengangkat.

"Nak apa? Abang dalam kuliah ni?” Suara Rian tegas. Jo menelan liur. Alahai, apa mau cakap ni? Sah mati mati kena leter kejap lagi.

"Kereta kena langgar,ok bai!"  lalu talian diputuskan dan telefon itu dicampak dalam beg. Mode ditukar pada silent. Jari dibawa ke mulut dan kukunya digigit. Refleks kegelisahan, gigit kuku!

'Bodoh kau Jo, kau kecut sangat kenapa? Bukan teruk pun kena langgar! ujar Jo sambil melihat Gee kembali memasuki ruangan kereta dengan senyuman lebar. Kalau dah tersenyum tu, tak teruk manalah kan?Stupid, stupid Jo!

Gee kembali menyarungkan tali pinggang keledarnya. Jo yang sedang menggigit kuku itu dipandangnya.

“Dah dah, tak ada apa-apalah. Calar satu garis je dekat nombor plat tu. Tak ada kemek, tak ada patah apa-apalah. Mamat kerek tu tak akan sedar punyalah.”

Cakap Gee selamba. Jo menaikkan keningnya. Mamat kerek manalah pula ni?Dan apa dia kata tadi? Calar satu baris???Ohooooi! Sah dia mati kena bunuh malam ni dengan Rian tu!

“Beb, satu, mamat kerek mana? Dua, abang Rian tu, kalau lekat cap jari pun dia boleh perasan tau kat kereta dia ni, inikan pula calar. Tiga, aku tercall dia cakap kita accident.

Gee dapat merasakan darahnya turun ke kaki. Jo dipandang dengan matanya yang sudah mengecil.
“Kerek punya abang! Hish, sesuailah aku gelar dia mamat kerek! Kau tu pun satu, cuak sangat sampai call dia kenapa? Mesti dia rush balik rumah lepas ni, mesti dia dapat tahu aku perempuan bukan lelaki. Mesti kita dua-dua kena marah! Thanks a lot, Jo.”

Kata Gee geram. Namun, kereta dipandunya ke KLIA. Nak tak nak, kenalah juga sampai ke destinasi. Kalau tak, kesian ayah Johanna ni tunggu.

Look at the good side, aku ada teman nak kena ceramah percuma. And you get to meet him.
Gee mencebik. Sheesh, first class punya kawan baik. Suka hati pulak dia ya?

“Aku dah jumpa dia dan aku tak suka dia, sorry to say, despite him being a hotstuff, a hunk, and those model-like six-packs, that husky voice, that sarcastic smirk....”

“Amboi, melambung puji.”
“Tak habis lagilah. My point is, walaupun dia punya fizikal tu nearly perfect, aku dah jumpa dia petang tadi dan I got onto his bad side. Dia sangat kerek, itu aku punya konklusi.”

Tegas Gee. Jo hanya menganggukkan kepalanya. Rian lah Mr Kerek sekarang ni? Tapikan, Rian tu kerek pun kerek juga, tapi kalau dah datang mood baik, semua orang boleh cair. Entah-entah, si Gee ni pun boleh cair. Gaya puji Rian tadi macam dah terpaut, Cuma sikap Rian yang kerek lebih itu yang mematahkan hasratnya, barangkali.

“Dia boleh je jadi baik dan caring.
Sepatah Jo membalas sambil menarik senyuman penuh muslihat. Gee yang sedar dengan nada suara Jo  yang sudah berubah itu mencuri pandang ke arah Jo. Ha, mulalah tu dia nak buat muka mischievious dia tu!

“Jo,  I don’t like Mr Kerek.” Kata Gee seolah-olah dapat membaca fikiran Jo. Jo tarik senyum nakal menjadi lebih nakal.

“Hey, aku tak kata apa-apa.”
“Still, aku tak suka dia. Kerek semacam.”
We will see...orang kata apa, kalau jodoh tak ke mana...kau nak nombor Rian tak? Boleh kenal-kenal.” Kata Jo sambil tergelak lantang. Suka acah Gee.

“Johanna! No...” Tegas Gee. Ish Jo ni, boleh pulak dia fikir nak kenenkan aku dengan Rian! Hee, simpang malaikat 44! Tak aman hidup aku nanti! Getus hati Gee.
“Rian single...kau single...aku nak sangat merasa ada kakak ipar...”
“Johanna...kau nak mati kena cekik tak malam ni?”
“Okay, okay, aku tak kacau kau dah. Bawak laju sikit, kesian abah aku tunggu.”

***
“Ah, home sweet home.” Abah Jo tersenyum lebar apabila memijakkan kaki di atas lantai garaj. Jo pula kalut memandang kiri kanan, entah kena rasuk apa. Gee pula menekan controller, kunci kereta Mr Kerek tu.

Thanks Gee sebab ambilkan Abah. Kalau nak harap anak jantan Abah tu, sibuk memanjang. Nasib Jo ada kawan baik macam kamu. Abah dah anggap macam anak Abah dah tau.”

“Tak ada apa-apalah Abah. Tolong Jo sekali–sekala. Lagipun, macamlah Gee tak biasa datang sini. Masa sem satu dulu selalu je Gee datang sini teman Jo.” Seloroh Gee. Bahu Jo dicuitnya. Jo hanya tersengih.
            “Eh, waaa, abang dah balik?”

Aunty Nah yang selesa berbaju kelawar itu sudah memunculkan dirinya dari dalam rumah. Paperbag di tangan suaminya dicapai lalu dia kucup kasih tangan sang suami. Abah Jo tersenyum manis. Rindu kat bini dia.

            “Ya, dah baliklah ni. Eh, jom masuk Gee.Jo, tolong tarik beg abah sekali.”
            “Kamu dua tidur sini ya, malam ni!” Tegas Aunty Nah sebelum menarik tangan suaminya ke dalam rumah.
            “Alaa, tapi mak...”
            “Tak ada alasan. Anak dara tak elok pandu malam-malam.”
            “Kami baru je drive dari KLIA mak, tu boleh pulak.”
            “Eh...anak dara awak ni bang, menjawab 24-jam. Ini ikut perangai abang dia lah ni. Dah, Jo dengan Gee, tidur sini. Muktamad.”

Mereka mengangguk. Setelah kelibat kedua-dua orang tua itu hilang, Jo memandang Gee.Gee memandang Jo. Setelah itu mata serentak terarah kepada bunyi enjin yang menggegarkan satu taman itu. Oh no! Mr Kerek dah balik! Kedua-dua anak dara itu mencicit berlari ke dalam rumah, sambil menarik beg seberat 20 kilo milik Abahnya itu. Sempat ke nak menyorok cik adik sekalian?

***

            Hayabusa diparkir di sebelah Beemernya. Helmet di kepala ditanggalkan lalu dikelek.Bagpack setia dikendong pada belakang badannya. Rambut yang tadinya terpenyek dek helmet sudah kembali diserabutkan. Tangan dilarikan pada bahagian depan keretanya, enjin masih panas, sah, baru sampai ni. Mata helangnya mencari kesan-kesan eksiden yang dilaporkan oleh adiknya tadi.

            “Adik tak guna, telefon lepas tu letak aja macam tu. Orang telefon balik tak angkat. Cuak lah tu, saja nak uji aku agaknya, ingat aku tak meletup kalau Beemer ni cacat sikit?” Gerutu Rian sambil cekap mencari cacat-cela pada kereta itu. Dia pusing sekeliling kereta itu, dan apabila dia tiba pada bahagian belakang, matanya tertancap pada satu garis halus betul-betul pada plat kereta itu. Darahnya terus naik ke muka.

            “Johanna binti Saidin!!” Suaranya bergema, siap memecah keheningan malam.  Kaki dipanjangkan ke dalam rumah. Tanpa salam, dia terus menerpa emaknya yang sedang berbual dengan abahnya di ruang tamu.

            “Oi anak jantan perasan bagus, kamu duduk terpekik melalak malam-malam ni kenapa? Salam mana?”
Sedas Aunty Nah memerli Rian. Rian tayang muka kereknya.

            “Adik mana mak? I want to have a word with her.”
Ditepisnya soalan Aunty Nah begitu sahaja. Aunty Nah menggeleng kepala.

            “Apa nak jadilah kamu ni Rian. Balik je nak cari gaduh dengan adik. Hish, dia ada dalam bilik dia dengan Gee. Kawal sikit perangai tu depan tamu.”

Rian terlopong mendengar kata-kata emaknya itu. Biar betul mak dia ni! Gee tu kan lelaki, Jo tu perempuan, sampai bawak masuk bilik tu kenapa?

            “Astaghfirullah mak! Rian kadang-kadang tak faham mak ni! Abah pun sama. Korang nak adik berzina ke?”

            Lantas dia berlari ke bilik Jo di tingkat atas. Aunty Nah dan Uncle Saidin hanya memandang perangai anak jantan mereka.

            “Tak faham betul Nah dengan Rian tu, bang? Apa yang zinanya?”
            “Nah tak faham, abang lagi tak faham. Budak tu dah mereng agaknya. Permanent Head Damage, kan? PhD. Haha, I miss the chaos  in this house. Dah, kita tengok je diam-diam apa yang bakal terjadi nanti.” Selamba, Abah Jo meletakkan tangan ke atas bahu Aunty Nah. Aunty Nah tesenyum. Suka hati suami dia mengata anak sendiri.  Tapi betul juga, rumah jadi sunyi bila Jo tak ada,  kalau Jo ada, Rian mulalah nak acah adik dia. Boleh gamat rumah ni.

***

            Pintu bilik itu dibuka kasar. Ruangan bilik yang berwarna fushia  itu dipandangnya. Aik! Mana pergi dua  makhluk tu? Tiba-tiba Rian terdengar suara dari walk in wardrobe yang tertutup pintunya itu. Telinga ditekapkan pada permukaan kayu itu.

            “Phewit!” Siulan itu membuat kening Rian ternaik. Makhluk ni tengah buat apa kat dalam tu?
            “Yeah baby! I know I’m sexy!” Sah, itu suara Jo.

            “Mana kau beli ni? Kau belum kahwin pun dah ber-lingerie bagai, marvellous.”Aik, itu suara perempuan. Rian mengalihkan kepalanya dari pintu itu. Dia berkira-kira, nak buka pintu ni ke tak?
            “Dah lupa. Kau nak turun lagi kan lepas ni? Ambik baju lengan panjang tu, and this pajama bottom.”

            Serentak itu Rian terdengar bunyi derap tapak kaki menghampiri pintu itu. Rian menarik senyuman nakal. Dia berdiri tegak di hadapan pintu itu.

Setelah beberapa saat, pintu itu terbuka dan mangsanya terus tercium dada bidangnya. Dada ke? Tak cecah dada pun.  Sejak bila Jo jadi sependek ni? Rian terus memegang bahu perempuan itu, siap bertudung bagai. Memang bukan Jo ni, Jo kalau dalam rumah memang takat berseluar pendek  dengan spaghetti top saja.

“Jo! Sejak bila ada tiang kat depan ni?”  Perempuan itu bersuara hairan. Dahinya yang sengal melanggar ‘tiang’ itu diusap perlahan. Jo dari dalam wardrobe itu terus memandang ke arah Gee. Matanya membulat!

“Abang!!”
Jo terjerit kecil. Gee mendongak! Omo! Mr Kerek! Rian pula memandang ke arah Jo yang masih belum keluar wardrobe. Kemudian matanya memandang pula pada budak di dalam rangkulan dia itu. Cepat-cepat tangannya melepaskan bahu si kenit itu. Cis! Hari ni dah berapa kali jumpa dia!

“Mr Kerek?” Gee bersuara. Gulp, liur ditelan.
            “Kenit!” Garang saja suara Rian tika itu.
            Kemudian, matanya menikam Jo tajam.

            “Kereta aku ada calar, betullah kan accident tadi?”
Jo hanya diam. Gee pula mengeluh. Giliran dia pula ditenung oleh Rian.

            “Dan aku rasa aku dah kena tipu bodoh-bodoh. Jehan bin Ahmad konon. We need to talk this instance. Aku tunggu kat bawah.”

Setelah itu, pintu bilik dihempasnya kuat. Gee menggigit bibirnya. Jo hanya mengeluh lemah. Nampaknya, angin monsoon dah tiba.

            “Aku rasa, macam baru jumpa Darth Vader.” Ulas Gee. Jantungnya masih berdetak laju.

            “ Listen kakak ipar...tolong buat dia jatuh cinta dengan kau. Tame him, will you?”Jo terdesak. Rian ni, belum jumpa dengan ruas ni. Kalaulah  Gee tu boleh buat Rian terpikat, tentu dah tak kerek Rian tu.

            “Hish, merapu. Tak sanggup aku. Abang kau tu kerek sekerek kereknya. Kau bagi saja kat orang lain.”

            ***

Dua gadis itu menekur karpet yang tebal di kaki mereka. Telinga ini sudah berdesing, jam didinding dipandang. Kalau nak kira, sudah hampir sejam kena ceramah percuma Rian ni.

            “Faham tak Abang kata apa?”
            “Ye...adik faham.”
            Rian memandang Gee yang diam terkelu itu. Dari tadi tayang muka toya dia.

            “Kenit! Faham tak?”
            “Rian, sudah-sudahlah tu. Gee kan tetamu kita. Lupakan saja insiden tu.” Aunty Nah cuba masuk campur. Tak sanggup juga dia mendengar dari tadi. Marah betul anak teruna dia kali ini. Suaminya pun turut disisi.

            “Betul kata mak kamu tu Rian. Diorang ni ada kuliah esok. Sudah lah tu.” Uncle Saidin pula mencelah.Namun, mereka hanya diendahkan Rian. Mata masih menikam mata Gee.

            “Kenit! Understood?”
            “Yes, doc. Now can we go to bed?” Selamba Gee membalas. Tudungnya dilipat bulat. Penatlah asyik duduk dengar dia ulang benda yang sama dari tadi. Boh-san!

            “No! You are a jinx, you know that! Asal ada muka kau je, mesti ada je benda buruk jadi kat aku atau barang-barang aku.”

            “Rian! Tak baik!” Aunty Nah mencelah lagi. Namun, sekali sahaja Rian memandangnya, terus terdiam. Takut juga dengan anak teruna dia ni. Aura pembunuh siri!

            “Urgh will you just cut this off!” Jerit Gee geram. Aunty Nah dan Uncle Saidin sudah dilupakan. Mr Kerek made it personal, so he will get what he deserved! “ Dengar sini Mr kerek, I’m sorry kereta awak calar, I’m sorry your sister lied to you that I’m a boy sebab nak fetch Abah, I’m sorry I saw you fell this afternoon, I’m sorry I  stained your shirt dengan ink printer...”

Senafas Gee menghamburkan emosinya. Rian setia mendengar dengan muka toyanya. Tangan dilipat kedada. Mata tajam memerhatikan wajah Gee yang merah itu. ‘Kenit ni comel pula bila muka merah macam tu’ entah dari mana fikiran itu muncul. Rian berdehem, ‘I did not just said that. Rian...kau penat sangat ni sampai puji si kenit tu.’ Katanya pada diri sendiri di dalam hati.

            “Nah!”
Rian kembali ke realiti. Kelihatan Gee sedang menayangkan sekeping kertas. Kertas apa?
            “Apa tu?”
            “ Cek. Ganti rugi. Ini...ambik beli baju. Saya malas nak basuh untuk awak. Lepas tu, claim balik calar kereta kesayangan awak tu. Then, kalau awak nak claim juga ego awak yang tersembam dekat kaki saya tadi hari pun boleh. Just fill in whatever amount in it. It’s a blank cheque!

            Gee pantas meletakkan cek itu ke tangan  Rian. Rian terlopong. Begitu juga Jo. Oh, baru tahu cerita disebalik gelaran Mr Kerek ye, Jo? Nampaknya, buku sudah bertemu ruas!

            “Aunty Nah, Abah, Gee naik dulu. Sorry.”Kata Gee lantas memanjangkan langkahnya.
            “Kenit! Your mom didn’t teach you manners huh?

Rian masih lagi mengasak Gee, Gee terhenti dari melangkah. Tiba-tiba tubir matanya terasa panas. Jo pula sudah memegang dahinya. Ini satu masalah Rian, kalau dah gaduh tu, dia suka besar-besarkan. Selalu macam tu.

            “Shh! Rian! Sudah mak kata!”
            “Taklah mak, dia dengan Jo sama, menjawab lebih.Biadap.”
            “Abang pun biadap!  Mama Gee dah meninggal masa dia kecik!”
 Celah Jo geram. Rian tercengang. Lantas, dia memandang kelibat Gee yang sudah hilang dari tangga itu. Alamak...

            “Jo...Abang, abang tak sengaja...” Suara Rian berubah seratus peratus. Tiada lagi marah-marah. Menyesal lah tu kan?

            “Tengah marah kan? Semua benda keluar...abang minta maaf sama dia.Adik pun minta maaf dengan abang, sebab adik tipu abang. Tapi adik nak, abang selesaikan apa-apa masalah abang dengan kawan baik Jo tu. Dia dah macam kakak bagi Jo, Jo tak nak dia tak nak rapat-rapat dah dengan kita nanti.” Ujar Jo tenang. Rian dipeluknya erat. Adrian marah macam mana pun, dia tetap abang Jo kan? Dan Jo tetap adik dia.

            “Abang tak patut marah lebih-lebih...” Rian berkata lagi.
            “Mr kerek silalah pujuk si kenit tu okay.” Kata Jo sebak. Tak sukalah bila abang dia ni termarah kawan baik dia. Tak suka sangat! Baru je nak kenenkan Gee dengan Rian, tapi, macam mana nak kenenkan kalau baru jumpa je pun dah gaduh macam World War Three!

            “Okay...” Rian menurut perintah adiknya. Nak pujuk si kenit tu, agak-agak macam mana?

***

Gee hanya berteluku di atas katil Jo. Jo yang baru memasuki bilik itu tersenyum lebar. Mata dan hidung Gee yang merah itu menandakan Gee baru sudah menangis.

“Babe.”
Panggil Jo. Gee hanya diam memandang Jo. Jo menghampiri Gee lalu memegang kepala lutut kawan baiknya itu.

You have seen his bad side today, nanti esok, you’ll be smitten with his good side. Dia tak sengaja tadi tu.” Kata Jo. Gee hanya memandang Jo dengan mata yang dikecilkan.

“Berani kau menjawab dia tadi. Aku suka. Tapi, dia sesal sebab ungkit mama kau. So aku suruh dia minta maaf dengan kau. And settle all your problems with him. Baru jumpa sehari, dah macam-macam korang buat. Bajet musuh ketat.” Lancar Jo berkata-kata agi. Gee melarikan jarinya pada rambut.

“Kau tak nak ke jadi kakak ipar aku?”
Tanya Jo berjenaka. Gee tergelak. Sempat lagi Jo ni. Kepala digelengkan.

“Setakat ni, aku nak tengok dia nak minta maaf macam mana. Aku tak suka bila dia selitkan nama mama aku tadi. Sangat kerek. And yes, biadap.”

“Kalau dia lulus bab minta maaf, kau consider eh, jawatan kakak ipar aku tu.”
“Mengada kau ni!”
“Janji eh...”
“Iya iya. Aku nak tengok good side Mr Kerek macam mana. Kalau aku suka, aku baik-baik dengan dia.”
“yes!”

***

            “Gee...”

Ruang kereta yang hening itu bergema dengan suara garau itu. Gee masih membatu di tempat duduk penumpang di hadapan. Tak guna punya Jo, sampai hati dia tinggalkan Gee. Sehinggakan Gee terpaksa mengikut ajakan Rian supaya tak terlewat ke universiti. Gee hanya membuat muka toya sambil memandang ke hadapan. Jantungnya  berdetak rancak apabila namanya dipanggil Rian. Padahal, baru dua hari kenal.

“Gee, kat depan tu ada selekoh tajam. Saya tak pegang stering ni, kalau awak duduk diam macam tu juga, kita dua-dua masuk ICU hari ni.” Serentak itu kelajuan kereta meningkat. Gee sudah gelisah ditempatnya. Ish, si kerek ni.

“Apa dia Doc Kerek? Duduk Gee Gee kenapa? Saya dengarlah.” Jawab Gee geram. Tak suka bila jantung dia macam overdrive pepagi ni! Apa Rian tengah buat pada dia ni?

“Hish, kenit saya ni kena ugut  dulu baru nak buka mulut?” Selamba Rian berkata. Muka Gee sudah merah. Apa tadi? Kenit ‘saya’.

“Perli lagi, perli. Bukan dia nak minta maaf.” Getus Gee, cepat Rian. Apa kau ingat kau sorang boleh hilang sabar? Nur Jehan pun bolehlah!

I’m coming to that. Tapi, sebelum tu, ambil balik ni.”
Katanya seraya menyerahkan kembali cek kosong yang diberi Gee semalam. Gee mengeluh.Kertas itu dicapainya. Nasib baik dia bagi balik, kalau tak mati kena soal dengan papa mana pergi duit simpanan dia.
       
             “Laju je. Tak ikhlas ye semalam.”
            “Awak yang taknak.”

            “Yelah.Yelah. listen, Gee...awak kawan baik adik saya. Dan semalam saya buat sesuatu yang saya sendiri menyesal. Tapi terlajak kata tak boleh undur. Saya harap, awak dapat maafkan saya yang baran, yang kerek ni.” Tenang Rian menuturkan maafnya. Gee hanya diam mendengar. Tangan Rian mengeluarkan sehelai kertas, lalu ditulis sesuatu pada kertas itu. Kemudiannya, dia memberi kertas itu pada Gee.Nasib baik lampu merah.

            “Apa ni?”
Tanya Gee hairan. Di atas kertas itu siap tertulis tarikh semalam.

            “Tiket nak balik ke kelmarin. Ibarat kita baru jumpa ni. Awak koyakkan kertas tu, dan ‘boom’, yesterday never happened.” Yakin, Rian bertutur.

            “Come on!Koyakkan kertas tu.” Desak Rian lembut. Gee menarik senyum segaris, okay, Rian’s goodside is not that bad. Jo, betul kau nak aku jadi kakak ipar kau ni? Nyaris cair ni. Gumam Gee sambil jarinya mengoyakkan kertas kecil itu. Rian memandang dari sebalik kaca mata hitam itu. Bibirnya menarik senyum paling manis. Gee terpegun, sah, cair!

            “Hey, awak pura-pura tak nampak saya jatuh ya?”
Gee menaikkan keningnya. Hah? Oh...Rian re-cap balik ke apa yang berlaku semalam? Ke, re-cap sebab nak betulkan keadaan?

            “Hah? Awak jatuh ke tadi?” Gee bertanya kembali. Rian tergelak.
            “Awak tak nampak eh?” Tanya Rian kembali. Nadanya ingin tergelak.

        “Serius saya tak nampak apa-apa.” Tegas Gee. Tangan dibawa ke mulut, ketawanya nyaris terhambur. Permainan Rian ni agak pelik, tapi kiranya okaylah untuk betulkan apa yang tak betul semalam tu.

            “Okay. Sekarang, scene ink printer pula.”
Cakap Rian. Gee menggelengkan kepalanya.
            “Mr Kerek, it’s okay. I have forgiven you.”Cakap Gee, lega.
            “Okay, Miss Kenit.Thanks.

***

            “Gee...” Suara Jo membuatkan Gee mengalihkan pandangan dari kertas tutorialnya itu. 
            “What?” Sepatah ditanya kembali.
            “Dah okay ke dengan Rian? Peristiwa dua minggu lepas dah setel?” Gee mengecilkan matanya. Ouh, nak korek cerita ya?

            “Think so.” Jo mengangguk. Gee masih memandangnya.
            “Kenapa kau tanya?” Gee bertanya sekilas, sebab muka Jo ni macam ada simpan rahsia pun ada.
            “Semalam masa aku balik rumah, abang cakap, yang hari ni...”

Jo terhenti disitu. Jam dihadapan dewan kuliah itu dikerling.  Gee menaikkan keningnya. Apa kes budak ni nak main cakap tergantung ni?

            “Kerek cakap apa?”
            “Yang dia...urm...”

            “Sorry kids...I’m a bit late. Everyone please calm down and be comfortable in your seats. I’m Adrian, Dr. Adrian Saidin, your new mentor replacing Mr Samy. Are we clear?”

Mahu tak ternganga Gee melihat susuk tubuh si kerek di hadapan kelas. Ganti Mr Samy? Maknanya...selepas ni...makin kerap dia kena berurusan dengan abangnya Jo ni? Aiyoyo Mr Samy, why you don’t want to be our mentor?

            “So, ini hari pertama saya bersemuka dengan korang semua, so...any questions you would like to know?

            Tanya Adrian lagi. Jo di sebelah sudah melurutkan badannya separas dengan meja. Tak nak abang dia nampak agaknya. Eh, idea yang bagus. Gee pun buat benda yang sama.

            “Itu dua orang dekat belakang  dah tak ada tulang belakang ke? Duduk elok-elok.”
Zapp! Gee pandang Jo, Jo pandang Gee. Kantoi dengan mata helang Mr Kerek.

            “Awak Jehan kan? Runner subjek Mr Samy kan? Lepas ni ikut saya naik pejabat. I have a few other modules for you people.

Tepat mata Adrian menikam mata Gee. Gee angguk. Kena pretend play yang Adrian ni bukan abang Jo. Jo pula sudah mencicit ketawa di sebelah.

            “Kakak ipar, masuk-masuk je terus kena aim dengan abang. Walawey, abang dah berkenan lah tu.”
Sempat lagi Jo menyakat. Gee mengerutkan hidungnya, heee, dah okay dengan Rian tak bermakna dah jatuh cinta dengan Rian okay cik Johanna Saidin! Hish, gian nak berkakak ipar sangat! Cekik karang baru tahu. Apa barang skandal dengan pensyarah sendiri? Not cool!

***

  Highlighter biru itu dipusing-pusingnya buat kesekian kali. Apa yang dibacanya pun sudah hilang kelaut. Keluhan dilepaskan. Rowena yang perasan akan Gee yang keresahan itu terus bersila di atas katilnya. 

            “Gee...kau ok ke tak ni? Dari tadi duduk resah gelisah kenapa?” Sedas ditanya Rowena. Gee mengeluh lagi. Highlighter dicampak dan buku setebal 2 inci itu dikatup. Kerusi dipusing menghadap teman sebiliknya itu. Telapak tangan diregangkan dan dia menayangkan apa yang tertera di sana.  Rowena bangkit dan memegang tangan Gee, nak baca sikit apa yang tertulis.

                        ~MRS Adrian Saidin.~

            “Bapak! Gila drastik .Bila kau dapat ni. Bukan last kau jumpa dia tiga hari lepas ke?”Tanya Rowena. Komen dari Rowena membuat Gee mengangguk seperti burung belatuk. Dah tiga hari, kesan name stamp tu masih tak tanggal-tanggal. Name stamp yang samar-samar mencatat nama Adrian dan jawatannya itu ditenung geram. Sama kerek dan degil macam tuan dia! Dia teringat balik scene bagaimana name stamp itu boleh melekap pada tangannya.
*** flashback
            “Nur Jehan...” Gee yang sedang menyusun kertas yang baru sudah di print oleh Adrian itu mengangkat matanya sekilas dari kertas. 

“Saya,” kata Gee ringkas. Setelah dia pasti Adrian sudah tahu dia mendengar dia kembali fokuskan matanya pada kertas-kertas tersebut. Ini kalau salah susun ada juga budak dalam kelas tu tak faham. Nama aja budak-budak final year, tapi kalau dah keliru tu, kelirulah jugak. 

            “ Nombor phone ayah awak dalam student profile ni betul tak?” Tanya Rian sepatah. Kertas di hadapannya itu diangkat sedikit ke arahnya, tak adalah kantoi kalau Gee tiba-tiba intai kertas tu nanti. Gee yang memang percaya saja dengan helah Rian itu tanpa syak wasangka terus menyebut nombor telefon ayahnya, siap dengan nombor pejabat lagi. 

            Telly kan doc?” Tanya Gee apabila selesai menyusun segala kertas itu. Fail dibuka dan dia menyumbat khazanah tersebut ke dalam folder yang tersedia. 

            How would I know.” Balas Rian acuh tak acuh. Senyuman nakal diberikan kepada Gee. Gee terlopong. Leher dipanjangkan sedikit, bukan tadi dia kata nak tengok sama ke tidak dengan student’s profile ke? Ke aku yang salah dengar? 

            “Tadi bukan ke...” Kata-kata Gee dipotong. “I tricked you. I’m calling your dad and I want to ask for your hands.”   Gee terkelip-kelip memandang Rian. Dia cakap bahasa apa ni? Kenapa otak aku tak boleh nak digest?
            What are you gonna do with my hands??” Tanya Gee, otaknya sedang blurr. Dia nak potong tangan aku ke apa?  Rian tersenyum manis. Budak ni buat teruk ke memang dia tak faham?

            “Sini tangan tu...” Arah Rian sepintas lalu. Gee menggelengkan kepalanya. Tangannya dikepal dan dibawa rapat ke dada. 

            “Tak nak. Gunalah tangan awak sendiri doc.” Gee cuak. Apa kes main mintak tangan orang nih!! Seriau ahh!

            “Letak sini saya kata. Karang saya tarik tangan awak tu baru tau.” Ugut Rian. Gee mendengus geram. Tangan kirinya didepakan ke hadapan. Mata memandang ke atas. Sejak Rian jadi tutor kelas dia, hubungan dia dengan Rian pun makin rapat. Kalau dia singgah rumah Jo pun, kalau Rian ada, nak nak je Rian tu datang menyemak dengan dia dengan Jo. Bajet muda agaknya.

            Rian menguis-nguis tangan Gee dengan jari telunjuknya. Gee menarik sedikit tangannya.Bibir diketap, matanya merenung Rian dengan geram. Rian hanya tayang muka kereknya. Mata dikecilkan sedikit dan separuh daripada barisan gigi atas ditayang. 

            “Adrian! No. Touching.My.Hands.”Gee menyebut satu persatu perkataan itu dengan gigi yang diketap. Ini cari gaduh dah ni, tak pernah lagi lelaki sentuh tangan dia ni. Dahlah sentuh tangan orang, tayang muka kerek dia pula tu. Paneh ni paneh!
            Whoops! Kita kena kahwin la kan?” Rian tayang muka tak bersalah. Gee tetiba rasa kering tekak. Dia ni memang macam yang Abah kata itu hari agaknya, mental! Macam manalah aku boleh kata okay masa dia minta couple itu hari ek? Mindanya kembali ke situasi setelah beberapa hari selepas Adrian dan dirinya berbaik-baik. 

            Ketika itu, dia, Jo dan Rian sama-sama naik kereta  nak balik rumah. Aunty nah  menyuruh Gee juga datang rumah, sebab dia nak suruh Gee rasa resipi masak lemak cili apinya. Jo awal-awal lagi duduk di belakang, siap tersenyum nakal lagi ke arah Gee. Gee yang turut ingin duduk di bahagian belakang ditegur Rian.

            “Nur Jehan, abang bukan driver korang dua. Duduk depan ni.” Adrian otomatik membahasakan dirinya abang apabila tamat waktu kuliah. Gee menayangkan muka tak puas hati pada Jo lalu dengan malasnya melangkah naik ke tempat duduk hadapan. Adrian sudah tayang senyum macam kerang busuk itu. Gee, sepanjang perjalanan, sibuk dengan Candy Crushnya. Tiba-tiba Adrian berdehem. 

            “Nur Jehan...” Panggil Rian. 

            “Hrmmm?” sahut Gee, jarinya rancak berjalan di atas skrin telefon bimbitnya itu. 

            “Jo cakap Gee single...” Kali ini, Adrian berjaya menarik perhatiannya. Kepala dikalihkan ke belakang lalu jelingan maut dihadiahkan kepada Jo. Jo sengih panjang, sambil bibirnya membentukkan perkataan ‘kakak ipar’. Ish budak ni kan, drastik betul. Gatal nak berkakak ipar bagai.

            Single la abang, tak ada masa nak layan lelaki. Pointer kena maintain. Serabut je kalau ada boyfriend.” Sinis jawapan Gee itu. Adrian mengetuk-ngetuk stering. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Lampu merah sila lama-lama sikit. 

            This is your final sem right?” Rian tanya, walaupun dia sudah tahu jawapannya .Wajah dipusing memandang Gee di sebelah. Gee mengangguk. 

            Assignments semua dah hantar pun kan?Practical pun dah over. Tunggu final exam je kan?” Angguk lagi. Rian menaikkan kening kanannya. Bibir tersenyum sungging.

            Then be my girl?” Gee terbatuk mendegar proposal tersebut. Jo pula terlebih dahulu lagi mengetuk bahu abangnya. Adrian mengerutkan dahinya. Lorh, salahke?

            “Abang...tak boleh romantik sikit ke?” Komen Jo dari belakang. 

            “Kau duduk dediam kat belakang tu Jo.” Arahan keras dari Rian membuat Jo menikus. Ek eleh, abang ni, nak usha kawan kita, lepas tu suruh kita senyap. Pangg karang!

            “Err...chop chop! Gee...Gee nak tanya talian hayat boleh?” Gee buat muka paling comel. Adrian mengeluh. Tangan Jo dicapai dari belakang dan adiknya itu ditarik ke tengah.  Rian tahu sangat siapa talian hayat Gee itu. Jo tayang muka bangga. Inilah salah satu sebab dia nak Gee jadi kakak ipar dia, boleh buat Rian tu behave sikit bila layan adik dia ni.

            Beb.Go for it.  Cakap Jo sepatah. Adrian tersenyum bangga. Ada guna juga adik dia ni rupanya. Ingat reti kikis duit dia aja.

            “Hurm. Ok.” Balas Gee. Adrian mengenyitkan matanya sebelah kepada Gee. Jo pula bersorak riang. 

            “Johanna, diam.Melalak tak sudah-sudah.”  Sempat lagi Adrian membakar hati Jo. Jo menggerutu di dalam hatinya.

            “Eh Gee, tarik baliklah. Kau cari laki lain.” Bentak Jo. Adrian meletakkan tangan kirinya pada belakang kerusi penumpang yang diduduki Gee. Dia merapatkan sedikit kepalanya pada telinga Gee di sebalik tudung itu dan dia berbisik; “ You bedazzled me, kenit.” Zapp! Muka Gee terus menjadi merah. Perbuatan itu membuatkan apa yang ingin dihasut Jo kepada Gee tak boleh didengari. “You are too cute for your own good. Love you, girl.” Sambung Rian lagi. Siapa sangka bila si kerek sudah naik miang dia jadi sweet talker. Gee membekukan dirinya. Mata pandang depan. Jantung sudah sama laju dengan kmph BMW ni. Dup dap dup dap dup dap dari tadi.
        
            Gee tersedar apabila terasa ada benda dilalukan di atas telapak tangannya. Matanya dibulatkan. Rian tayang muka comel sambil pen itu dikembalikan ke kocek kemeja. Gee melihat apa yang dibuat Rian tadi. Mulutnya ternganga sedikit. Mrs. Adrian Saidin.MRS! Astaghfirullah, anak teruna terlajak pak cik Saidin ni memanglah weng!
            My name looks good on you,” Lalu dia mengangkat tangan Gee itu dan mengenggamnya erat. Gee rasa nak pengsan, hish la si kerek comel ni, lagi aku kata jangan, lagi dia buat. Tangan ni rasa gatal je nak pang sebijik muka dia tu.

            “Rian...” suara Gee seakan-akan memberi amaran terakhir. Leave my hand alone or you die!!

            “Hurm...lembutnya tangan dia, macam tangan baby.” Rian menggeselkan pipinya pada belakang tangan Gee. Gee bangkit dari kerusinya dan tangan kanannya laju menarik telinga Adrian. Seperti ibu menarik telinga anaknya yang nakal, itulah yang dibuat Gee. Hamek kau! Tak sabar-sabar nak pegang tangan orang.

            “Buat lagi sesuka hati. Orang kata jangan dia buat lagi.” Luah Gee geram, cuping telinga Rian dipulas sehingga Rian melepaskan tangan kirinya itu. Gee tersenyum puas apabila melihat Rian sedang menekup telinga yang sudah merah itu. Muka geram ditayang.

            “Sakitlah kenit!” Tempik Rian. Gee mencebikkan bibirnya. Ada aku kesah ke bro? Nan hado! Sindiri buat sindiri tanggung. Muka jahat ditayang Gee.

            “Tak apa, Aunty Nah kata, kalau , kejap nak quote her, ‘Kalau anak jantan aunty tui buat perangai macam-macam, Gee ajar je dia. Jangan bagi dia naik kepala,’hehe, itu yang what your mak said.” Gee tayang muka bangga, sekarang, siapa yang lagi kerek? Memang Abah dan Aunty Nah tahu hubungan mereka. Siapa lagi kalau bukan si mulut kecoh Jo tu yang beritahu. Gee pun ada beritahu papa dia, dan papa dia tak kisah pun sebab dia pun dah habis belajar. Lagilah dia suka sebab Rian tu pun accountant.
            
***
            “Gee? Gee...” Suara Rowe itu menyedarkan Gee kembali. Panjang dia berangan kali ni. Gee memangdang ke arah Rowena yang membuat muka teruja tu.

            “Bila kahwin??” Dush! Itu je ke  dia nak tanya? Gee mengangkat bahu. 

            “Entah. For sure, dia dah bincang dengan papa aku. Papa aku  ada call aku semalam, cakap Rian datang jumpa dia. Dia pun dah bagi greenlight.Lepas grad kut. Senang pula papa dia nak lepaskan dia. Entah si kerek tu jampi apa lah dekat papa dia. 

            “Gee, kau kahwin la cepat-cepat. Aku sponsor kek kahwin kau. Tapi kau kena jadikan aku jadi orang tolong kipas-kipas kau atas pelamin tu ha.” Kemain  lagi Rowena membodek. Gee merenung Rowena tajam. 

            “Patut ke aku kahwin terus lepas grad ni?” Dia tanya, musykil lah pulak! Macam tak puas je hidup membujang.

            “Kau nak dia buat cap mohor kat dahi kau dulu ke baru kau nak kahwin ha? Dia dah nak dekat engkau tu, kau on sajelah! Itu pun susah.” Gee mengembangkan hidungnya. Ish mak nenek ni, bila cakap, terus macam kejar kereta api. Tak reti nak letak titik noktah.

            “Senang lah kau cakap.Aku ni ha yang nak kahwin” Balas Gee. Kaki dihentak laju-laju ke lantai. Nak kahwin ke tak arr?

            “Kau kahwin je lah. Dia tu kan dah tua terlajak, kau nak tunggu dia masuk 40 ke baru kau nak kahwin dengan dia? Bajet Hollywood sangat!” Rowena merungut geram. Tak faham betul dengan Gee ni. Adrian tu dah suka kat dia, biarlah Adrian tu macam kerek sikit kekadang, tapi most of the time dengan Gee dia baik je. Kahwin kahwin je lah. 

            “Ye tak ye kan? Lupa pulak dia tu tua. Pandai kau Rowe.” Gee mengangguk sambil jari telunjuknya digigit sedikit. Hurm, kahwin jelah. Nak tunggu pilihan lain, tak mungkin dapat macam yang kerek tapi comel tu. Lagipun, dia memang dah rapat sangat dengan keluarga Jo tu. Dah memang cukup ngam lah!

            “Nanti, nanti...bila kau kahwin, aku tau yang buat kek kahwin kau tu.” Dah berapa kali si sengal ni nak cakap? Gee menarik pipi Rowena geram.

            “Iyalah makcik! Lagi sekali kau cakap, kau yang jadi kek kahwin aku. Dah, shuh sana, aku nak study ni. Kahwin tak kahwin, sayang tak sayang, exam kena excellent! Lagipun, pak cik tu kerek, bab markah pun kedekut tahi hidung masin! Salah eja pun dia potong markah.”

3 tahun kemudian

            
“ Uwaaaaaaaaa!!!” Gee yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah Jo melepaskan keluhan. Jo hanya memandangnya dengan penuh simpati. Aunty  Nah yang sudah digelar mak juga memandang Gee kesian. 

            “Gaduh lagi ke tu, Gee?” Tanya Abah yang sedang membelek surat khabar itu. Gee bangkit sambil mengangkat bahu. Ada juga dua orang manusia nak kena pang ni! Tak boleh tengok orang duduk senang sikit. Gee melangkah memanjat anak tangga dengan malas. Giginya diketap geram. Perut yang memboyot sedikit itu dipegang.  Baby, bila keluar nanti, please mummy minta tolong sangat, please jangan banyak songeh. 

            Pintu bilik yang bertanda ‘Rian’ itu dibuka kasar. Tangan sudah naik ke pinggang. Wajah masam dua orang kaum adam itu diperhatikan tajam. Sorang sedang menangis, sorang lagi tengah buat bodoh. Tangan dia rasa gatal aja nak pang laju-laju muka yang tengah buat bodoh tu. Dengan budak umur 2 tahun pun tak nak mengalah. Hish! Budak yang sedang menangis itu memandang ke arah pintu. Tangisannya terhenti. Tangan mengelap matanya lalu dia bangkit bertatih ke arah mummynya.
            Now now Addi. What did Daddy do this time huh?”

Tanya Gee, walaupun tahu sangat kenapa si kecil ni menangis. Mesti sebab berebut lego yang bersepah tu. Daddy dia pun alahai, macam tak pernah main lego zaman kecik dulu-dulu.

            Mimmi, Diddi take mine. Blue one. Diddy bad!” Si Addi dengan polosnya mengadu pada mummynya.Gee mengangkat Addi lalu dikendongnya ke arah katil. Ini gaduh bukan sebab apa ni, si Addi ni dah mengantuk sangat dah ni. Addi di peluk dan disandarkan pada dadanya. Belakang Addi ditepuk-tepuk.

            He took mine first, sayang! Adil lah I ambil balik.” Gee memandang Rian yang menayangkan muka comel itu. Addi pun setelah mendengar daddynya membongkarkan rahsia turut buat muka comel yang sebijik macam bapak dia. Gee mengeluh. Habis dia, habis! Kalau dua-dua buat muka comel, ada juga Gee pangg diri sendiri. Payah! 

            “Dah dah. Tak kesian ke dekat mummy ni? Penat mummy layan korang. Ingat hujung minggu bila datang sini dapat mummy rehat kejap. Ini tak, dekat sini pun nak gaduh, dekat rumah pun nak gaduh. Tak sayang mummy ke?” Gee sengaja tayang muka sayu. Addi sudah kembali memandang daddynya. Dia memanjat turun dari katil lalu menghampiri daddy dia. Addi memang selalu buat manja balik dengan Rian kalau Gee buat touching macam tu. Memang emotional blackmail Gee dimakan bulat-bulat oleh Addi. Yang tak makan saman, si bapak budak tu je. Kerek memanjang, dengan anak sendiri pulak tu. 

            Sowie Diddy, Mimmy.” Kata Addi sambil berjinjit memeluk tengkuk Rian. Adrian menepuk-nepuk belakang anak terunanya itu. Kepala Addi yang dilapik rambut yang tebal itu dikucup. Gee yang melihat kemanjaan anak sulongnya itu tersenyum. Kan tenteram sikit keadaan kalau dua-dua ni baik baik macam ni setiap masa.

            Kiss daddy?” Adrian menyuakan pipinya. Addi mengucup kuat lalu apabila bibirnya terkena pipi Adrian yang kasar berkumis nipis itu dia menyeringai. Geli! Gee tergelak melihat respons semula jadi Addi itu. Addi paling tak suka cium muka orang lelaki, tapi nak ambil hati punya pasal, sanggup!  

            Now help daddy put these back.” Addi tunduk mengutip lego-lego yang bersepah itu dan meletakkan mereka ke dalam bakul yang tersedia, seiring dengan Adrian. Sesudah aja mengemas, Addi menguap. Adrian menekup mulut Addi yang ternganga luas itu. Mata Addi sudah berair, tanda dia sudah mengantuk. Tanpa dipamit, Addi terus mendapatkan Diddynya.Gaduh macam mana pun, nak tidur mesti kena cari bapak dia. Adrian bangkit dan menepuk-nepuk punggung Addi yang montok dengan diapers itu.

            Diddy, milk.”Pinta Addi. Gee yang terlupa untuk  membawa naik botol susu ketika naik tadi terus bangkit dari duduknya. “His bottle is still downstairs. I turun ambik kejap.” Kata Gee. Adrian menggelengkan kepalanya lalu meletakkan Addi ke atas katil. Mata budak tu sudah kuyu. Ibu jari kanan dihisap. 

            “Tahulah dia supermom pun, tak payah lah rajin sangat.” Kata Rian sambil menjamah perut Gee. Lagi empat bulan, konfem makin riuh keluarga dia ni. Gee mendongak memandang Rian yang sedang tersenyum kecil sambil mengusap kandungan Gee itu. Kerek macam mana pun, dia tetap sayang. Tambah-tambah si Adrian ni kerek sebab mengada lebih. Nak rebut perhatian dengan Addi tu. 

            “Addi kan nak abang je kalau dia nak tidur.” Gee berkata, sambil-sambil menekap tangannya di atas tangan Rian yang menekap perutnya itu. Rian memandang wajah Gee, senyum nakal ditarik.
            “Aih, nada suara macam dengki je?” Dengki ke? Dengki la jugak, sebab Addi tu sikit-sikit cari bapak dia je. Addi cari dia bila gaduh dengan Adrian ni je. 

            “Dengki sikit.” Akui Gee. Tangan Adrian dialihkan dari perut lalu dilekapkan pada pipinya. Adrian tunduk dan memagut bibir Gee perlahan. Muka Gee terus merah. Tiga tahun masih tak dapat hilangkan rasa malu bila Adrian manja-manja dengan dia. Bila si kerek naik miang, inilah yang dia dapat.

            “Mrs Adrian Saidin, ibu kepada anak-anak Rian, si kenit saya, nak dengki apanya. Addi cari saya bila nak tidur, saya cari awak. See, undivided attention. Dah, tengokkan dia, I’ll get his bottle.” Sebelum Rian berlalu, sempat lagi dia mengucup Gee lagi sekali. Gee hanya mampu gigit bibir. Tak menyesal dia ikut kata Rowena untuk kahwin. Walaupun penat layan karenah sorang-sorang, tapi berbaloi. Si kerek dan si kerek junior dan soon to be junior number two ini membuatkan hari-harinya riuh rendah.

***3 tahun yang lalu

            “Dahlah kerek, tinggi pulak tu. Tunduk lah sikit.” Sempat lagi Gee memerli Rian. Adrian pula menyangkan muka tak puas hati.Namun dia tetap merendahkan badannya, memudahkan Gee untuk tolong mencabut butang baju melayu cekak musangnya itu. Dah nak tercekik rasa ni. Patut nama baju melayu ni cekik manusia, bukannya cekak musang!

            “Dia yang kenit tak sedar pulak. Dahlah kenit, makan tambah tiga kali.” Dah mula balik dah perangai kerek dia tu. Gee memegang bibir Adrian yang cotcet cotcet tanpa henti itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Hyper semacam mulut dia hari ni. 

            “Abang tak puas hati kenapa? Kenduri saya ni sekali saja seumur hidup, makan lah banyak-banyak! Mana sama rasa nasi minyak kita kahwin dengan nasi minyak orang lain kahwin. Tak macam orang tu, makan pun nak kontrol. Kenapa? Takut students abang cakap abang kaki lahap lah tu kan?” Sesedap rasa aja Gee menjawab. Tangan Adrian memegang pergelangan tangan Gee. Jari yang memegang bibirnya tadi dikucup perlahan. Gee mendengus, dia mula naik miang dah!! 

            “Bukan tak puas hati, saja nak buat kerek dengan bini sendiri...” Gee membeliakkan matanya. Kerek tak bertempat namanya tu. Pijak kaki karang!

            “Dan saja nak buat Nur Jehan ni marah. Sebab dia comel sangat. Dahlah kenit, tengah marah pulak tu, rasa macam nak penyek-penyek je. Sekali pandang macam ayam penyet pun ada.” Adrian berkata. Senyuman mengejek yang nakal ditarik. Gee menolak kasar dada Rian. Dasar Mr Kerek. Kita perli dia sikit, berdas-das dia bagi balik.

            “Nak tahu saya rasa nak buat apa sekarang ni Mr Kerek? Saya rasa nak cili je mulut awak tu tau. Rasa nak buat sambal belacan pun ada. Perli orang memanjang. Mulut takde ins...” Gee berhenti dari bercakap apabila Rian mendiamkannya. Matanya ditutup  sambil hujung bibirnya ternaik sedikit. Sempat lagi nak senyum! Tangannya yang tadi menolak-nolak Rian sudah melingkari tengkuk Rian. Tangan Rian yang melingkari pinggangnya diperketat. Kaki yang tadi berpijak pada lantai sudah tidak mencecah lantai. Mata dibuka.

            “Habis lah dia. Nanti jangkit dah lepas ni, nasib baik tak dan nak cili lagi kan? Kalau tak, sayang pun sama-sama rasa pedas.” Perli Rian apabila Gee membuka matanya. Tangan Gee memegang pipinya. Dia menolak sedikit Gee ke atas, supaya tidak melorot jatuh. Gee tersenyum memandangnya.

            “Just shut up Mr kerekI’m enjoying this free lift.” Kata Gee sambil tersenyum lebar. Last kena dokong masa dia umur lima tahun agaknya. Ini rasa macam budak-budak balik.

            “Kiss me first.” Gee mengucup dahi Rian. Rian tayang muka tak puas hati.Bukan cium dahilah yang oi...

            “Dahlah, turun, berat nak mampus. Naik lima kilo ke apa lepas tambah tiga kali tadi tu.” Acah Rian sambil buat-buat hendak menurunkan Gee. Gee menolak sedikit pipi Rian. Ish la dia ni kan. Suka demand lebih-lebih.  Gee mendengus kecil lalu mengucup perlahan bibir Rian. Tak sampai sesaat lepas tu dia tarik balik mukanya. There, dah kena pun kira cukup ah kan?

            “Ceh, macam tu pun muka merah macam kena tuang sos. Dasyat, dasyat.”  Rian tetap dengan kritikannya. Gee memegang telinga Rian lalu dipulas.

            “Banyak cakap lagi...saya repot dekat mak!Biar mak sendiri pulas telinga anak jantan dia ni.”Ugut Gee. Namun bibirnya tersenyum.

            “Saya lagi suka awak yang pulas telinga saya,” Kata Adrian sambil mengenyitkan matanya. Gee diletakkan ke lantai. Tuala di sudut bilik dicapai.

            “Saya sayang awak for real tau, by the way.” Katanya. Gee menjungkitkan keningnya. Itu semua orang pun tahulah.

            “Iya...dahlah pergi mandi tu.” Gee menghambat Adrian. Adrian berlalu. Gee merebahkan dirinya ke atas katil. Penatnya layan Adrian sorang, ini, kalau dah ada anak nanti, bertambah penatnya! Beberapa saat kemudian pintu bilik air terbuka.

            “Kalau sayang rasa nak join, pintu ni tak kunci tau...” Gee membulatkan matanya. Muka Adrian  terjongol dari sebalik pintu, siap  dibuat secomel mungkin lagi.  Macam mana dia boleh buat ayat minta penampar tu jadi macam polos je? Gee berkira-kira di dalam otaknya. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Nah...siapa nak join dia tu.Bluwekk! Tak hingin pun lah.

Lagi sekali pintu bilik air dibuka.Kali ini Adrian sendiri yang keluar macam lipas kudung. Gee diangkatnya dan dibawak ke bilik air. Gee pula, macam roh dia melayang saja. Bila kerek dah guna kuasa veto, dia diam sajalah. Pintu bilik air ditutup dengan kaki. Adrian tayang muka bangga.

“Itulah, siapa suruh fikir panjang-panjang!”  


The End =)

Comments

  1. Apa maksud ayat ni "telly kan doc?" Telly tu apa?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment