TERBANG: [BAHAGIAN 3]


BIBIR digigit kejap. Siapa sangka kan? Firasatnya betul-betul menjadi kali ini. Teringat apa yang dia sembang dalam kereta dengan mama dan Babah.

     Tadi, sewaktu tiba di sini dia dah mula berdebar. Iyalah, tunang aja buat di sini gaya nak nikah terus. Apabila dia berfikir lagi, dia menjadi cuak pula.

     Terus dia ingat balik kad yang dah selamat dia simpan dalam laci haritu.

     Yes, the exact same location, and the exact date!

     “Babah?”

     “Ya.”

     “Bukan haritu kata buat di rumah ke?”

     “Kan change of plans. Cousin Sarah yang rapat dengan Along tu, dia tak jadi kahwin. Itu yang dia suruh anjak ke depan. Tak nak membazir booking fee.” Babah berterus-terang sambil rileks bawa kereta gaya orang pencen.

     Zahara selamat melopong. Sepupu yang ada masalah dunia tu ke? Alahai… kisah sebiji macam you know who pula. Haritu tak pula Along cerita dengan lanjut.

     Tapi, betulkah dia?

     Ah, tak mungkin lah…

     Setibanya dia di lokasi, dia dah tolak jauh-jauh firasat itu. Si Zara pula berjaya tumpahkan air pada selendangnya terus dia jadi lupa akan perkara itu. Namun sebaik sahaja dia keluar kereta dan dia terpandang susuk tubuh berbaju Melayu hitam serta bersampin itu.

     Sah!

     Adakah ini namanya jodoh, wahai Zahara?

     Yes maybe, baby!

     Terserempak sekali, takdir. Dua kali setelah melalui onak dan duri-lah-sangat, suratan namanya.

     “You!”

     Fikiran Zahara terganggu dengan suara Edd yang tiba-tiba menyergah.

     “Apa?”

     “Mata tu… sila jaga. Dari mata turun ke hati.”

     Zup!

     Zahara dapat rasa darahnya naik ke pipi. Tangan laju menampar bahu Alongnya kemudian menarik Zara dari rangkulan Along.

     You… despicable human being! Merajuk lima minit! Bye!

     Seperti tidak cukup tanah, Zahara menarik Zara ke dewan tempat sanak-saudara sedang berkumpul. Terkantoi tu satu, si Along soda bikarbonat tu pointed out the obvious tu satu lagi hal.

     Dropped my waterface la brother.

     Aduhai…



    DI sebelah sana, Haqq pula sudah tersengih lebar. Macam budak-budak pun ada perangai adik Edd ni.

     So… you were the one she’s been talking about lah? I thought so.

     Senyum nakal mula tersungging pada bibir Edd.

     Haqq tergelak besar.

     She’s a talker huh?” Garau suara itu bertanya.

Retorik, pada asalnya. Namun masih berbalas.

     A good talker with a heart of gold. She means well.” Edd sambut senyuman. Boleh bayang niat adiknya hari itu. Zahara, walaupun boleh jadi gila-gila, namun tidak pernah dia buat benda tidak elok.

     She’s… different.” Tambah Haqq lagi, macam dah tak ada topik nak bersembang kecuali Adik Edd tu.

     Niat saja ajak suka-suki, makan-makan konon. Sekali, adik rakan satu asrama dengannya dulu rupanya. Edd,  a good friend through and through.

     “Dia sentiasa ada untuk aku. Sejak Anis… kalau aku tak ada dia, susah aku nak teruskan Haqq. Masa aku hilang Anis dulu, gelap, kelam aja dunia aku ni.”

     She’s your rock, bro.

     True. Sebelum ni, aku tempat dia luahkan. Tapi bila dah takdir macam tu, dia support aku. She kicked more sense into my brain. She made me think, made me realise. She made me aware that what’ve I gone through was because of Allah’s love. Aku diuji dengan ajal. Kau sendiri tengok aku dulu kan?”

     Haqq sekadar mengangguk. Dia turut terkilan melihat Edd dahulu. Sungguh tak terurus. Asyik nak marah. Emosi tunggang langgang. Seakan separuh nyawa tu dah hilang.

     “Dia sedarkan aku. Dia suruh aku ingat Tuhan. Kau tengok je dia macam tu. Tapi dia tak judgy. She always try to see th e potential in others. Dia kata, orang yang berpaksikan dunia, memang akan die hard untuk kejar dunia. Akan rasa dunia ni tak cukup tanah nak lari. Semua nak dikejar.”

     Bahu Haqq dicuit Edd. Haqq sekadar mengangguk. Dah jadi deep conversation kali ini. Tapi dia pasti, Edd tu nak cuba pujuk hati dia juga.

     All thanks to Zahirah, the ditcher.

     I’m all ears, bro.

     “Orang yang berpaksikan langit, akan sedar yang kita semua di bawah bumbung yang sama. Meaning, kita semua ada ujian masing-masing. Neither you, nor I are better than the other. Kau rasa nasib kau ni teruk, ada lagi yang senasib dengan kau. Malah lebih teruk diuji.” Edd berhujah lanjut. Masuk mod abang-abang walau dengan Haqq.

     Kawan yang baik sentiasa mengajak ke arah perkara baik, bukan?
     Haqq angguk tanda faham. Bibir yang kering dibasahkan. Sambil kaki bersilang di sofa lobi itu, sambil dia hadamkan apa yang dibincangkan.

 In the end, we have to trust in His Mercy.” Konklusi Haqq dipersetujui Edd.

She’s a good talker.” Kali ini, Haqq yang ulang apa yang Edd cakap tadi.

Senyuman terbit di bibir Edd. Makin lebar. Matanya sengaja dikenyitkan pada kawan di hadapannya itu.

“… and you are a good listener.

Haqq sekadar mendecit. Untuk tutup rasa awkward yang melandanya tika itu, dia berdeham.

Sebagai lelaki, dia dapat baca niat asal Edd itu.

“Too soon, Edd. Too soon,” ujarnya, walaupun dia tahu yang Tuhan itu pemilik hati-hati hambaNya.

     Masa, hanya itu yang dia perlukan sekarang. Bukannya rebound girl, getus hatinya yang terluka itu. Ya, dia perlukan masa untuk pulih. Dia perlukan masa untuk kembali percaya.

     Too soon…



p/s: Are you sure it is too soon, Haqq? What say you, readers?

S.

20190406
2232

Comments

  1. Its not to soon.. If Allah say so, it will happen.. Insya Allah.. Waiting for the next chapter...

    ReplyDelete
  2. If Allah said so...nothing we can do

    ReplyDelete
  3. Next week haqq ajak nikah 😂😂😂😂

    ReplyDelete
  4. everything can happen with Allah willing

    ReplyDelete

Post a Comment