TERBANG: [BAHAGIAN 5]


BAHAGIAN belakang badan yang terasa sedikit lenguh itu disandar pada tiang di dalam masjid tersebut. Dah 36 tahun, memang dah rasa badan semakin tua. Kadang-kadang, terasa penatnya sampai ke sum-sum.
     Hari ini penghulu segala hari. Hari Jumaat. Sejak jam 12.00 lagi dia sudah terpacak di masjid. Saja buat kutip pahala. Dah semakin tua, dia mahu makin galak mengejar redha Allah.
     Biarlah penat terbang tu masih belum hilang sekalipun. Kerja macam dia memang selalu tak lekat di rumah. Mungkin itu agaknya kenapa bekas tunangannya tidak berkenan.
     Namun apakah hidup tanpa pengorbanan dan tolak ansur, bukan?
     Kerja dia kerja yang halal. Tetapi makin lama makin hilang nikmat berkerja itu. Dahulu, dia super eager kalau dapat schedule ke luar negara.
 Pilot, terbang free.
Itu yang orang nampak pada mata kasar. Berat tanggungjawab itu tiada siapa yang tahu. Bila sekarang dah jadi Kapten ni, makin terasa penat yang ditanggung.
Rakan-rakan seusianya bila pulang ke rumah ada yang menyambut, tetapi dia… masih mengharapkan senyuman serta pelukan mesra dari mama.
Dia mengeluh perlahan lagi.  Tangan membuka Spotify di telefon sambil sebelah lagi memakaikan ear pods pada telinga kanan. Channel Muslim Central di buka dan terdengarlah suara Mufti Menk dari corong ear pod.
‘Your real test comes when things aren’t going your way.Not just when things are smooth sailing.
Betul.
Dia benar-benar diuji dengan tindakan Zahirah. Kalau difikirkan malu, memang tak terungkap betapa malunya dia diperlakukan. Akan tetapi, dia sedar manusia tidak lari dari membuat silap. Apalah sangat nilai kemaafan sekiranya ia dapat menenangkan hati dari berdendam.
‘… Do you trust the Almighty when you can’t figure out what’s going on? Do you take it in your stride and bear patience even though you don’t understand His plan?’
 Janggal.
 Pada awalnya dia ragu-ragu. Dia fikir kenapa dia dibuat sebegitu? Tapi apabila adanya rakan seperti Edd yang selalu mengingatkannya, dia mula yakin dengan kehendak Allah.
No, not yakin.
Trust.
Percaya, yes, that’s the word.
Dia mula percaya dengan percaturan Maha Perancang.
“Assalamualaikum,” suara garau itu mengalih tumpuannya. Haqq senyum sambil membalas salam serta berjabat tangan. Jari menekan pause pada podcast yang didengarinya tadi.
“Haji. Dah sihat ke? Dengar kata haritu masuk hospital,” soal Haqq apabila imam masjid itu bersila di sebelahnya. Fizikal lelaki itu sudah dimamah usia, namun dilihat tenaganya, masih kuat.
“Biasalah, dah tua Encik Haqq. Saya ni umur makin senja, kudrat dah tak macam orang muda-mudi. Tergelincir di bilik wudhu’, nasib ada yang tolong. Sakit sedikit, tak apa, kifarah dosa.” Seloroh imam sambil bersahaja. Buku nota yang dikelek tadi diletak di hadapan, sambil tangan mengurut betis.
Haqq diam memerhati. Mampukah dia menjadi seperti Haji ini? Hati sentiasa ingat pada Yang Esa. Setiap tutur kata sangat merendah diri, langsung tidak lupa akan diri sebagai seorang hamba.
Itu yang membezakan setiap insan. Hati yang dipenuhi dengan cahaya al-quran. Mampukah dia?
Agaknya ada hikmah dia tak berkahwin tempoh hari. Apabila berfikir panjang, jauh di sudut hati dia masih serba kekurangan. Ingat senang nak bina keluarga?
Suami.
Ayah?
Pangkat yang amat besar. Tanggungjawab yang terlalu berat. Silap langkah, musnah rumahtangga. Hancur generasi.
Ilmu di dada masih belum cukup, Haqq. Itu yang Allah nak ingatkan kau. Ilmu agama tu kena ada. Nak didik, nak bimbing supaya sama-sama dapat mencapai redha Allah.
“Jauh termenung Encik Haqq?”
Haqq tersenyum sebaris. Ya, dia dalam proses memperbaiki diri. Lebih banyak membuat refleksi diri.
“Berfikir sahaja Haji. Kalau nak dibandingkan saya dengan Haji, bagai langit dengan bumi. Ceteknya ilmu saya, dosa pun entah, tidak terkira agaknya,” Haqq akur tanpa segan.
Haji Saad tersenyum sipi. Dia memandang Haqq dengan mata redupnya. Dah tua, sudah banyak dia makan garam duniawi.
“Alhamdulillah.Bersyukur Encik Haqq.”
Kening Haqq terjungkit. Why?
“Itu tanda hati ni…’ tangan Haji Saad menepuk dada bidang Haqq. ‘… hati ni masih hidup. Risau tentang dosa, itu satu tandanya.”
Haqq angguk.
“Kalau kita lihat ada yang tak kena dengan hubungan sesama manusia, kita tengok balik hubungan dengan Allah. Betulkan dulu hubungan kita denganNya, insyaallah, Dia akan permudahkan urusan kita sesama manusia,” sambung Haji Saad itu lagi.
Kepala mengangguk perlahan. Dia sangat bersetuju dengan apa yang dinasihatkan Haji Saad itu. Hubungan dengan manusia hanyalah sementara. Yang kekal abadi adalah dengan Tuhan. Yang pegang hati orang pun adalah Dia.
Agaknya, memang apa yang berlaku kepadanya adalah untuk dia makin hampir kepada Sang Pencipta.
Sebagai kesedaran kepadanya. Take this life seriously. Do as many deeds as you can. Be in love with your deen and creator more deeply than you love any human kind.
“Apa yang berlaku semua atas kehendaknya. Apa yang kita betul-betul mahu, kadang-kadang bukan yang kita benar-benar perlu. Allah Maha Mengetahui, Dia akan bawa kita ke arah sesuatu yang kita perlukan. Ingat itu, dan terus istiqamah serta berdoa. Dialah Rahman, Dialah Rahim. Kasih sayangNya melampaui batasan akal fikiran kita. Jadi, kita tak boleh sombong denganNya. Jadilah pengemis yang mengharapkan kasih sayang Tuannya, bukan sekadar pengemis kasih sesama hamba.”
Liur Haqq ditelan. Macam tahu-tahu sahaja Haji Saad ni tentang apa yang sedang bermain di hatinya tika itu. Dia Cuma tersenyum basi. Dah tak mampu berkata bila Haji itu terlebih deep.
Perfect words…
Even perfect reminders.
Mata Haqq hanya menurut susuk tua itu sebelum kembali menghadam nasihat-nasihat tadi.
“InsyaAllah,” bisiknya dibawah nafas yang sudah tenang. Setelah hampir tiga bulan berfikir, dia dapat rasa yang dia sudah menjumpai kata putus yang dicari-carinya.
So… dah berkenan ke?” soalan dari Mama dia yang terngiang-ngiang di telinganya sejak dari hari akad nikah Edd dengan Sarah itu.
Selamba Mama bertanya soalan cepumas tersebut setelah lihat dia menemani Zahara makan. Nasib baik Mama tanya selepas Zahara berlalu. Hampir tersedak liur sendiri tika itu. Lidah pula kelu berkata, kerana seperti sebelum ini, dia merasakan masih terlalu awal untuk move on dari kejadian lama.
Tetapi sekarang, dia yakin dia sudah punya jawapan.
Berkenan, Ma… Ngah berkenan… 

p/s: sorry Zahara tak ada kali ni. 

20190605     1918
S.

Comments