TERBANG : [BAHAGIAN 2]


SAMPIN yang terikat kemas dipinggang dirapikan. Sambil itu, tangan juga naik membetulkan letak songkok di kepala. Jam di tangan dibelek apabila dia melihat deretan pelbagai jenis kereta muncul di pintu masuk Kota Seriemas Golf and Country Club itu.
    
Lara di hati cuba disembunyikan. Ikutkan, hari ini resepsi dirinya dengan Zahirah. Memanglah kalau diikutkan, Zahirah itu mama yang carikan. Namun dia tidak membantah sebab pilihan emak kan?

     Supposedly the best choice. Tambahan, dia pun dah bersedia nak build a family. Dah nak masuk 36 dah pun. Very stable and comfortable dah.

     Entah kenapa Zahirah buat dia macam tu. Pada awalnya, mama dengan ayah pun bengang dengan tindakan Zahirah. Dia apatah lagi. Memanglah itu pilihan mama, but bila dah kenal tu dah tersuka. Dari tersuka, tersayang.

 Tetapi, sudah takdir kan?

     Rupanya, di pihak dia ada kerelaan, namun sebaliknya di pihak Zahirah. Rupa-rupanya, kena paksa. Terpempan juga selama setahun Zahirah mampu berpura-pura dan bersandiwara dengannya.

     Susah sangatkah nak berterus-terang? Bukan dia makan orang pun. Kalau berterus-terang dari dulu, tak adalah keluarga dia rasa malu dan tertipu macam ni sekali.

     “Ngah! Sarah kata Edd dah nak sampai. Sambutkan nanti ya? Mak Su nak cari Uncle Man kau ni.” Mak Su dia berpesan sambil terkocoh-kocoh.

     Roger puan. Tu, rombongan dah sampai pun. Ngah sambut.” Haqq terus melangkah ke arah lobi. Senyuman diukir sebaris pada bibirnya.

     Sebaik sahaja pintu di bahagian pemandu di buka, dia bertegur sapa serta bersalaman dengan ayah kepada Edd.

     My boy! Sihat?”

     “Sihat uncle. Kenapa bukan Edd yang drive?” Dia berbahasa basi apabila ditegur orang tuanya bakal sepupu ipar dia tadi.

     Walaupun sudah lanjut umurnya, ayahnya Edd ni masih segak bergaya. Sesuailah bekas big shot Kementerian Kesihatan dulu-dulu.

     “Edd drive kereta lain. Ada di belakang tu.Dia dengan sepupu-sepupu dia. Bawa hantaran. Kalau muat dalam kereta ni habis hancur bunga kena cabut dengan Zara tu.”

     Kali ini, ibu kepada Edd bersuara. Tanpa pamit, Haqq tunduk bersalaman dengannya.

     Pn. Aminah tersenyum penuh makna. Along ada cerita kenapa tiba-tiba nak tunang cepat. Kasihan sungguh dia pada nasib Haqq ni. Punyalah elok kejadian, pun kena tinggal.

     “Sabar ya Haqq. Aunty doakan ada jodoh Haqq tu. Yang lagi elok.” Berat, namun sebagai ibu dia bersuara juga. Dia pun ada anak. Anak dia pun pernah rasa kehilangan. Dia berempati dengan Haqq.

     “Hmm… dah tak berjodoh, aunty.” Haqq membalas senada. Suaranya mendatar. Kalau boleh, memang dia nak lupakan terus hal tu. Tapi biasalah, orang tua.

     Nasib baik Pn. Aminah ni bukan jenis kepoh, bukan jenis membawang. Tak ditanyanya macam-macam. Kalau tidak, makin haru dia nak melayan.

     Setelah berkoyan-koyan rombongan pihak lelaki keluar dari kereta, dia dengan janggalnya memikirkan cara untuk menjemput ke dewan.

     “Alahai, kenapa masih berdiri di lobi ni. Silakanlah ke dewan… Kak Aminah… Encik Amirul… sila-sila,” Mak Su dan Uncle Man sudah memunculkan diri. Haqq tersengih bersahaja. Settle satu kerja.

     Dia kemudian melihat Edd yang baru keluar dari kereta. Tangan di angkat, tanda sapaan.

     “Ingat nak menikah terus tadi. Ramai rombongan kau.”

     Edd sudah senyum lebar. Bahagia kan, dapat tunangan.

     “Jangan perli okay. Alang-alang ada majlis, mereka semua seronok ajak buat family day di Port Dickson. Two birds with a stone, brother.

     Selamba mereka bersembang di situ. Seperti dia, Edd juga memakai baju melayu. Cuma warna sahaja bukan hitam.

     So, dari PD ke ni?”

     “Dari Senai. Lepas ni baru ke PD.”

     Sambil-sambil, Edd berjalan ke arah kereta Babahnya tadi. Haqq mengiringinya di sebelah.

     Apabila pintu Merc-Benz GLE itu dibuka, muncullah kelibat si kenit yang mampu mencairkan hati sesiapa yang melihat.

     Hati kecil Haqq tersentuh melihat anak kecil Edd yang comel itu. Dengan sanggul bun tinggi di kepala, tersisip sebuah bow pink besar lagi tu, makin terserlah kecomelan budak itu.

     Baju kebaya peplum dia pun sama comel. Makin dia rasa rindu nak ada anak sendiri. Iyalah, usia pun sudah makin lanjut. Orang sebaya dia dah ada anak berderet, dia… calon pun kena cari lain.

     Daddy!

     “Miss me?”

     “Yes!”

     Lincah dia berkata sambil mengeratkan pelukan pada leher Edd.

     Good girl. Salam Uncle Haqq.”

Haqq setia memerhati sambil tersenyum. Tangan dihulur untuk menyambut tangan kecil Zara. Cair hatinya melihat senyuman si kecil itu.

      Pernah dia berjumpa dengan Zara sebelum ini. Sudah beberapa kali juga. Dia kenal Edd dahulu sebelum Edd kenal Sarah. Sarah tu pun dia yang kenalkan pada Edd.

     Sebab dia tahu, Edd seorang lelaki yang baik untuk adik sepupunya itu.

     Did you behave?” soal si bapa lagi setelah Zara bersalam dengan Haqq. Zara terus tarik senyum paling manis.

     Yes! Tanya aunty.” Zara tunjuk ke dalam kereta.

     “Amboi you, tak nak keluar ke? Ni bawakan Zara masuk ke dalam, dah selesai nanti panggil Along.” Edd kelui ke dalam kereta.

     Adik dia agaknya, bisik hati Haqq. Buat apa la tak keluar lagi tu?, detiknya lagi.

     “Kejap lah Ahmad Zaidi, I tengah touch up ni. Anak you lah tumpahkan air atas shawl I,” lembut suara dari dalam kereta menyapa telinga Haqq.

     “Zaraaaa…”  Tumpuan Edd beralih kembali kepada Zara di dokongan.

     Namun tumpuan Haqq masih seperti tadi. Dia cuba nak lihat adiknya Edd. Tak pernah jumpa, gambar pun tak pernah lihat.

     Tapi kenapa dia rasa macam pernah dengar aja suara tu? Haqq ke belakang sedikit. Cuba nak intai dengan jelas.

     “Zara dah say sorry…”

     Seiring itu, pintu sebelah kiri dibuka. Muncul seorang gadis tak berapa nak tinggi, yang memakai baju kurung. Warna berlatarkan hitam dan mempunyai motif floral dedaunan halus berwarna hijau mint.

     Almost matching dengan dia.

     Haqq tidak dapat lihat dengan jelas lagi kerana gadis itu masih ralit mengelap bahagian yang basah tadi dengan tisu. Wajah tunduk, namun mulut masih bersuara.

     ”Dahlah tu, tamau marah princess I ni. See… no harm done.”

Seraya berkata, dia mendongak untuk memandang Edd. Haqq yang melihatnya terus tersedak liur sendiri.

     Seperti dapat membaca fikiran Haqq, pandangan tajamnya berbalas dengan sepasang mata bundar berwarna coklat perang.

     Eh?

     Eh???????


p/s: (^_^)

20190604
1710
    
     

Comments

Post a Comment