TERBANG : [EPILOGUE]
PEAK Cap yang dibimbit sekali dengan
kunci rumah serta kunci kereta diletakkan ke atas vanity di sebelah pintu. Kasut
ditanggalkan, sebelum menapak ke dalam rumah.
Jam di tangan
dikerling. Sudah hampir larut malam. Dalam tika itu, dia menangkap bunyi orang
mengemas pinggan-mangkuk dari arah dapur.
Kalau dulu, dia ada
mama. Sekarang, dah ada suri hati nak sambut dia. Dah pesan banyak kali jangan
tunggu kalau dia balik lambat, tapi ada adik si Edd tu nak dengar?
Persistent macam
Along dia sungguh.
“Sayang?” Haqq
memanggil dari ruang pembahagi antara dapur dan ruang tamu.
“Oh mak you
terbang! Haqq!” Seraya itu botol susu yang baru dibancuh di tangan Zahara
terlepas dek terkejut.
Sumpah dia ralit
buatkan susu untuk baby Yusuf sampai langsung tak sedar Haqq masuk ke
dalam rumah.
“I je terbang. Mak
mertua you tak ada sayap lagi.”
Ha, mulalah tu buat loyar
dia sendiri. Namun tangan Haqq tetap diraih dan disalam sebelum dia menginjak
untuk kucup sejenak pipi suami dia.
Yassss… who doesn’t
like the ring of it.
Haqq is hers, and
she is Haqq’s.
“Rindu?”
Dia angguk lagi.
Kemudian, dia peluk Haqq lagi sekali.
“Happiest
anniversary,” ucap Zahara perlahan apabila mata terpandang ke arah jam di
dinding dapur.
Pukul 1.30 pagi. Tiga
tahun lepas, pada tarikh itu, Haqq confess kepadanya. Tak sangka dah
tiga tahun dia berkasih dengan Haqq.
Ingatkan bertepuk
sebelah tangan, namun rupanya bersambut juga. Benarlah, hati manusia ni boleh
berubah. Tuhan yang pegang hati-hati hambaNya.
“Happiest
anniversary sayang.” Haqq membalas. Dahi Zahara dikucup lembut.
Penyejuk hati dia dan
ibu bapa dia. Balik rumah, tengok muka Zahara terus hilang rasa penat. Zahara
pun sama, balik rumah, tengok aja Haqq ada, terus segala masalah dan beban
kerja dilupakan sejenak.
Sejak dapat title
Doktor Falsafah, makin besar tanggungjawabnya untuk mendidik anak bangsa.
“Hadiah you dalam
kereta. Esok pagi I bagi.” Haqq kata lagi. Tangan Zahara yang tidak memegang
botol susu dipimpin sambil memanjat anak tangga ke bilik.
Zahara tarik sengih.
“Hadiah you dalam
bilik.”
Haqq menjungkitkan
kening. Kali ni Zahara nak suprisekan apa?
Apabila pintu dibuka,
dia memberikan botol susu kepada Yusuf di dalam baby cot.
Yusuf, adalah anak
Along dengan Sarah. Zahara jagakan malam ini kerana tadi Along dan Sarah terpaksa
sama-sama on call malam ini. Zara pula, dari minggu lepas lagi kena kidnap
dengan mama ke Jepun.
Melancong, kata orang
dah pencen.
“Esok kita ke kubur ya
sayang? I rindu dengan Adam.”
Adam…
Anak sulung mereka
yang tidak sempat melihat dunia. Sudah tertulis takdir anak syurga mereka stillborn.
Tahun pertama mereka
kahwin adalah tahun paling bahagia serta paling terasa kehilangan. Bahagia
kerana dia mempunyai Haqq. Bahagia kerana dia menjadi ibu. Namun sedih apabila
anak yang dikandung selama 6 bulan setengah itu tidak sempat melihat dunia.
Adam… kesayangan
mereka, tuan asal baby cot di dalam bilik mereka tersebut.
“Lepas Along ambil
Yusuf, kita pergi ya.”
Haqq angguk tanda
setuju. Sebelah tangannya meleraikan butang pada kemeja manakala sebelah lagi
mengelus pipi mulus Yusuf yang sedang menghisap susu dari botol.
Bukan rezeki mereka
lagi untuk menjaga amanah Allah agaknya.
“I mandi dulu…”
Zahara angguk. Apabila
susuk tubuh Haqq menghilang ke bilik air, dia mencapai ‘hadiah’ yang dijanjikan
kepada Haqq.
Apabila Haqq keluar
dari bilik air, dia tersenyum manis melihat Zahara yang sudah bersila di katil.
Di tangan isterinya
ada sebuah album gambar.
“Apa tu?”
Soalnya, sambil duduk
di sebelah Zahara.
“For you. I
simpan untuk Adam dulu…”
Haqq angguk, lalu
dicapainya album itu. Semua gambar hitam putih yang dicetak itu ditelitinya.
Dari hanya satu titik kecil, kepada Adam yang sudah mempunyai rupa bentuk
seorang bayi.
Dahinya berkerut
apabila dia membelek ke muka surat akhir album itu.
Kenapa Zahara letak
lagi sekali gambar scan yang dicetak tu? Kat depan tadi dah ada.
“Kenapa ada dua kali
ni? What’s the motive?”
Zahara senyum, jari
runcing menunjuk ke arah tarikh di atas kertas itu. Dagu disangkut pada bahu
Haqq, senyum sehabis lebar sudah terbentuk pada wajahnya tika itu.
“The date… sayang.
Look closely.”
Mata Haqq tajam
membaca tarikh di kertas hitam putih itu.
Kemudian dia menoleh ke arah Zaharah yang sudah mengangguk laju.
Mata kedua-duanya bergenang.
“Sayang…?”
Walaupun sekadar satu
patah itu, namun isi hati Haqq mampu Zahara baca dnegan jelas.
Tanpa suara, Zahara
semakin laju mengangguk. Leher Haqq dirangkul erat. Haqq pula memeluknya kemas.
“Alhamdulillah.Rezeki
kita makin bertambah tahun ni.”
Hanya itu yang mampu
dia zahirkan dengan kata-kata. Malam itu, di saat isi rumah sedang lena dibuai
mimpi indah, Haqq bersujud.
Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, Aku akan tambahkan
nikmatKu kepada kamu; dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya
azab Aku amatlah keras.
Surah Ibrahim.
Syukur atas segala kurniaan Tuhan pada dirinya, serta
keluarganya. Semoga nikmat yang baru dikecapi itu berkekalan.
Ameen.
[TAMAT]201906061216
S.
Finally happy for them
ReplyDeleteBEST.....
ReplyDeleteLove it♥
ReplyDeleteBesttt! I super like it! 🤩 😍
ReplyDeleteThanks adminim artık mynet sohbet odaları kategorisi içeriyor ,daha kaliteli sohbet ortamı için katılın. mynet sohbet
ReplyDelete