TERBANG : [BAHAGIAN 4]


LIPATAN bunga simpuhnya mula terasa semut-semut. Dari tadi dia bersimpuh di sebelah Sarah serta mama. Zara pula tersepit di tengah-tengah. Saja, Sarah ajak sebab hari ini, Zara dah sah menjadi anaknya juga.

     Sungguh mulia hati Sarah. Sama cantik dengan perwatakannya. Bertuah sungguh Along dia dipertemukan jodoh yang baik-baik walaupun buat kali yang kedua.

     You… tiba-tiba I rasa sedih…” gumam Sarah perlahan apabila Along selesai berjabat tangan dengan Uncle Man sambil melafazkan akad.

     Sejenak kemudian, garau kedengaran suara saksi-saksi yang mengatakan ‘sah’ apabila ditanya.

     Aww… Kak Long I ni…” Seloroh Zahara sambil menggenggam erat tangan Sarah. Tisu disua untuk Sarah lap air mata yang menitik jua.
     “Sarah dah jadi tanggungjawab Zaidi.”

     Telinga Zahara sempat menangkap bait-bait kata Aunty Sue a.k.a mama kepada Sarah. Seraya itu dia memandang ke arah Puan Aminah di sebelahnya.

     Walaupun dah 30 tahun, dia masih tak tahu macam mana nak berpisah dengan mamanya. Berpisah sebab belajar tu lain dari berpisah sebab berumahtangga.

     Mampukah dia?

     Terus dia tergelak kecil di sudut hati. Macam lah you nak kahwin esok lusa kan?

     Dia gelakkan diri sendiri.

     Pandangan kembali dialihkan ke arah kaum lelaki di sana. Along sedang tenang membaca lafaz taklik.

     Dalam dia mendengar suara Along, matanya sempat lagi berlari ke susuk di belakang Alongnya. Debar tiba-tiba terasa.

     Mata tu jaga… nanti dari mata turun ke hati…’ ingat lagi pesanan Along tempoh hari.

     Terus dari hari itu, dia tak berani nak pandang Haqq. Selain dari malu diperlakukan begitu oleh Along yang suka berjenaka, dia takut sekiranya terjatuh hati pada yang tak sudi.

     Walau bagaimanapun, hari ini dia tewas. Dia rasa kempunan nak tatap lama-lama. Dalam diam, dia berani.

     Still drop dead gorgeous, physically. Kalau mati hidup balik jadi zombie pun agaknya drop dead gorgeous tu masih kekal. Tetapi itu luaran.

     Haqq nampak tersenyum. Tapi hati dia macam mana?

     Sudah pulihkah dia? Masih sedihkah lelaki itu? Dah boleh move on ke belum?

     Soalan liar tersebut terbit di fikiran Zahara.

     Mata yang leka memandang susuk itu terpaku di situ. Setelah beberapa ketika, Zahara terpana apabila si dia merenungnya kembali.
     Sepantas kilat dia melarikan pandangan.

     Kantoi lagi.

     Dia beranikan diri untuk mengangkat pandangan. Hatinya berasa lega apabila pandangan tajam serba redup tadi sudah beralih.

     See, he’s not like you. You je yang angau terlebih.

Dia memujuk diri dari terbelenggu dengan perasaan sendiri. Mentang-mentang tinggal nak Viva aja, dah ada hati nak fikirkan tentang anak jantan orang ya you?


    
     SELESAI akad nikah itu, dia serta keluarga pengantin lelaki diajak untuk makan beradap. Majlis sebelah perempuan, dah settle lepas ni terus drive ke Senai kembali. Kali ini tak buat dah family day.

     Buang karan kalau asyik-asyik family day, kan?

     “… tapi Zara nak tinggal sini, dengan ibu dan daddy.” Rengekan Zara itu didengarnya. Wajah pening Pn.Aminah ditatap seketika.

     Mama dah sampai boiling point dah tu. Tak pepasal naik blood pressure tu nanti. Sebelum jadi macam tu, dia mencangkung dan menarik Zara ke hadapannya.

     “Pujuk dia. Along dah panggil mama untuk duduk sekali tu,” Puan Aminah berkata dengan pasrah sebelum menghilang ke meja santapan pengantin.

Nampak sangat kuasa nenek dah tak berjaya digunakan ke atas cucu dia kali ini. Zara ni boleh tahan keras kepala juga kalau datang angin dia.

“Sayang… kenapa masam-masam ni? Where’s my cute princess?” Dia mula mengayat namun hampeh.

Mata Zara sudah berair. Kemudian, hidung sudah merah. Sesaat kemudian, kedengaran esakan terzahir dari bibir mulus itu.

Alahai anak…

“Zara, janganlah macam ni. Nanti esok kita fetch ibu dengan daddy di airport ya? Sekejap aja tinggalkan daddy dengan ibu. Zara good girl kan?”

Zahara cuba pujuk lagi. Namun disebabkan Zara tidak kena anginnya, pujuk dan rayu aunty kesayangan pun tidak jalan.

“Nak daddy…”

Aduhai… how la like this?

Mata Zahara mengerling ke arah Along yang sedang memandangnya dari meja makan. Along sudah mengisyaratkannya untuk membawa Zara ke sana. Mesti mama dah mengadu yang anak dia angin semacam harini.

Baru sahaja Zahara mahu melangkah, ada susuk tubuh menegur. Pandangan di toleh ke sisi.

Tra-la-la…

Terasa rama-rama terbang di dalam perutnya apabila mendengar bibir itu memanggil namanya. All her sanity is leaving her body right now…

“Zara sayang…”

Eh, wait a minute. Dia panggil Zara, not Zahara.

Dush!

Sanity datang balik dalam seribu pieces yang berkecai. Like earlier, jangan menaruh harapan Zahara!

“Kenapa menangis ni sayang?”

Sebab you tak pandang I macam mana I pandang you… mahu sahaja Zahara tolong balas, tapi Haqq bukan bercakap dengan dirinya.

“Zara nak daddy…” Rengek manja si Zara. Skema masih sama seperti tadi.

Nak daddy…

Small matter, sweetie. Nanti uncle bawa Zara, tapi daddy tengah makan dengan ibu tu. Uncle pun nak makan ni. Zara nak teman uncle tak?”

Zahara sekadar membatu. Macam thirdwheel pun ada sebab orang tu sembang dengan budak empat tahun tu aja.

Awkward. Sedangkan dia mendukung Zara tika itu, namun dianggap persis tidak wujud.

“Daddy?”

“Lepas makan, uncle teman Zara jumpa daddy dengan ibu, deal sweetie?

Laju Zara angguk. Kemudian dia suakan pinky finger ke pada Haqq, dan Haqq memaut jari kecil itu dengan kelingkingnya sendiri.

Disebabkan gerakan itu menarik Zahara semakin hampir dengan Haqq, Haqq terus mengambil Zara untuk didokong.

Zahara tersenyum kecil apabila melihat little princess dia selesa dengan Haqq.

Sirna di wajah Haqq juga mengusik hatinya.

Cute.

Dalam rasa indah itu, dia kembali ke alam realiti. Memang dah usia Haqq nak bermain dengan anak sendiri. Aduh, dari bahagia kembali kepada terkilan dengan nasib Haqq tu.

Padahal Haqq pandang dia pun tidak.

You suka over… getus pada diri sendiri.

“You pergilah ambil pinggan. I cari tempat duduk untuk kita.”

He’s speaking to me?

Tra-la-la… her sanity is leaving again.

Tak perlu diulang, Zahara terus akur. Buang karang tak setuju, orang tu ajak duduk makan satu meja. Kecil tapak tangan, satu rumah dia tadahkan. Siap dengan tangga lagi… if you get the drift!



 TANGAN mengelap mulut Zara yang comot itu. Haqq lah ni, suap aiskrim sampai ke pipi budak tu. Habis comot muka kesayangan dia ni.

“Amboi… dah dapat uncle, daddy dia dah tak ingat ya?”

Mata Zara terus bersinar apabila dia lihat daddynya serta ibunya yang berdiri di meja itu. Terus dia bangun dari ribaan Haqq dan memeluk kaki daddy.

“Aunty dengan Uncle suap macam mana ni? Habis comot!” Kali ini, Sarah bersuara. Mata sengaja dikerlingkan pada Edd di sebelah, tanda suruh cucuk jarum.

“Zara pun satu, Daddy panggil ke depan, dia melekat je dengan Uncle Haqq. Kacau daun tau aunty Hara tau. Nanti bila nak dapat daddy nak dapat adik ipar kalau Zara jadi third wheel?

Zara juga jadi mangsa. Si kecil tu bukan tahu apa, ralit membelek butang baju melayu di leher daddynya. Bukan dia dengar pun.

Yang mendengar tu…

Dua makhluk tersebut. Seorang dah merah muka, manakala seorang lagi dah tayang muka ketat.

“Along…”

“Sarah…”

Serentak dua suara tidak puas hati berbunyi. Pasangan pengantin itu tergelak bahagia. Sakat pun marah dah ke?

“Along bawa Zara ambil gambar kejap. Finish your food, ya sayang?” Walaupun dah beristeri, Along masih peka dengan adiknya. Dari tadi Zahara melayan Zara sampai lupa nak suap diri sendiri. Dia nampak.

Dia juga dapat lihat keserasian si adik dengan si kawan tu. Itu yang dia ajak Sarah untuk ambil Zara. Bagi ruang sedikit untuk kenal-kenal.

Tak salah kan?

“Haqq. Thanks” ucapnya, sambil menarik pipi Zahara dengan lembut.

“Tengokkan adik aku pula. Tengok lama-lama pun tak apa.”

Zahara terus hadiahkan Alongnya jelingan maut. Nak jadi matchmaker pun reti dak jadi subtle sedikit? Ini tidak, nyaris tersedak dibuatnya.

“Along!”

Geram sungguh Zahara tika itu. Bengkak aja hatinya apabila Along meninggalkannya dengan Haqq berdua. Ish, nak makan pun tak tenang ni bila along drop hint maut depan Haqq.

Nanti Haqq fikir apa pula…

Macamlah dia desperate sangat nak berlaki, kan?

Bertambah lagi segan dia apabila Haqq mula membatu di sebelahnya. Kelu seribu bahasa.

“Abaikan Along I tu. Sejak dah kahwin, dia nak jadi panah arjuna pula.”

Ayam percik di pinggan dicubit lalu di bawa ke mulut.

Kunyah. Kunyah. Kunyah.

Telan.

Masih diam, cuma yang ada hanya senyum segaris.

When is your hooding ceremony?”

Huk!

Air mana air? Adeh, perit tekak tersedak sambal belacan. Tangan terus mencapai gelas air  yang dihulurkan Haqq itu.

Berair matanya menahan pedas di kerongkong.

“Belum settle Viva. You know?

Soalan hanya dibalas dengan senyuman segaris. Tipikal Haqq.

“Along ni…”

Zahara menggeleng laju. Ni mesti kerja along ni. Playing cupid. Entah apa lagi dia cerita pada Haqq tu.

Haqq kembali senyap sambil tangan mencapai balang rempeyek yang diletakkan di atas meja. Meja itu yang tadinya kosong dah ada tamu lain duduk, namun Haqq masih lagi tak ada gaya nak bangun.

Beberapa ketika kemudian, Zahara kembali bersuara.

Sorry for asking, but how are you holding up?” Diberanikan juga bertanya soalan peribadi itu. Iyalah, berkenalan mula-mula dulu pun atas sebab peribadi tu kan. Tak salah agaknya kalau dia bertanya.

Lagipun, tu open ended question.

Haqq mengeluh kecil. Mata kalih sekilas ke arah Zahara sebelum pandangan dilempar ke hadapan.

Hurts less now. Things happened. Belajar dari pengalaman. Berubah untuk kebaikan. Good thing takes time, right.

Nada tenang Haqq berjaya yakinkan Zahara. Dia terus angguk setuju.

We all deal with our trials and tribulations in our own, unique way. Sometimes you just need to know that you’re not alone. You can always turn your worries into worships.

Haqq terpaku seketika. Edd… she knows how to play with words!

Dengar kata-kata itu pun dah rasa tenang jiwa.

“I pergi basuh tangan dulu…”

Setelah Zahara pergi, Haqq termangu seketika. Lewat-lewat, ada senyum paling ikhlas terpapar pada wajahnya.

One heck of a lady…

“Haqq bin Muhammad al-Ghazi… kenapa senyum seorang tu?”

Huk!

Tangan naik meraup wajah. Haqq menggeleng sekilas, namun dia tahu mamanya dapat tangkap dia senyum kerana apa.

Scratch that… kerana ‘siapa’ is more apt.

She looks lovely. So, dah berkenan ke?” Sebuah nafas berat dilepaskan Haqq.

Wajah penuh harapan si ibu ditatap lama. Tangan mamanya dicapai dan digenggam erat.

Syurga dia… insan yang sentiasa berdoa yang terbaik buat dirinya. Sayu hati apabila melihat wajah penuh tanda tanya itu.

Bare with me Ma…” rayunya, buat entah kali yang ke berapa. Mamanya mengeluh perlahan, namun senyuman masih diorak pada wajah.

“Tak apa. Mama dengan Ayah faham. We want you to be happy.

  Haqq menghembus nafas lega. Thank you Ma, thanks for understanding.



p/s: Siapa yang kata dia ajak nikah tu? Sorry to disappoint you... 


20190605
1701

S.


Comments

  1. Huhu.. Haqq bila nak ajak zahara nikah ni. 😁

    ReplyDelete
  2. cepat haq,nnti ada org sailang..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani la ada orang nak sailang kan...

      Delete

Post a Comment